Cuaca Panas Sangat Ni! Boleh Ke Pasang Aircond Dengan Kipas Sekali?

Barangkali masih ramai yang tidak tahu perbuatan menggunakan penghawa dingin dan kipas siling dalam waktu yang sama sebenarnya boleh menjadi punca kepada masalah penapis penghawa dingin tersumbat dan bil elektrik melambung tinggi di rumah anda.

Cuaca panas sangat ni! Boleh ke pasang aircond dgn kipas sekali?

FILTER AIRCOND AKAN CEPAT TERSUMBAT

Kita fikir boleh pasang dua-dua sekali gus sebab nak cepat sejuk tapi sebenarnya ada kesan sampingannya. Kesannya adalah bila kita buka kedua-duanya dalam satu masa yang sama, suhu panas dan suhu sejuk akan bergaul dan kemudian filter aircond juga akan cepat tersumbat.

Bila dah tersumbat, aircond dah tak sejuk sangat macam dulu. Alih-alih kita juga kena bersihkan filter aircond. Kalau setiap hari tersumbat, takkan nak cuci hari-hari?

Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, pastikan kipas dan aircond tidak buka pada masa yang sama.

MENYEBABKAN BIL ELETRIK MELAMBUNG TINGGI

Dikatakan situasi yang normal adalah apabila on air cond dan off kipas, maka kitaran suhu panas dan suhu sejuk akan berada dalam kondisi yang baik. Situasi yang tidak normal pula dimana kedua dua air cond dan kipas on yang menyebabkan suhu di ruang bilik bercampur. Kitaran hawa panas dan dingin yang tidak sekata menyebabkan ruangan tidak sejuk walaupun pasang air cond. Kalau on kedua dua kipas dan air cond ia akan menyebabkan bil elektrik meninggi. Lepas ni kita dah tahu la kenapa tidak dinasihatkan on kedua duanya pada satu masa.

Kipas mengunakan prinsip bernoulli. Halaju tinggi, tekanan rendah. Halaju rendah, tekanan tinggi. udara akan bergerak dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. Maka terhasilah angin.

Penghawa dingin mengunakan prinsip heat of transfer di mana suhu bergerak dari suhu tinggi (panas) ke suhu rendah (sejuk). Maka, suhu dalam bilik akan sejuk bila haba dalamnya dikeluarkan secara heat transfer.

Udara sejuk lebih tumpat (lebih berat) dari udara panas dan yang lebih tumpat akan turun ke bawah. Udara panas yang kurang tumpat akan naik keatas.

Dalam keadaan hanya penghawa dingin sahaja dipasang (rujuk pada gambar dibawah), kitaran udara panas dan udara sejuk adalah dalam kondisi yang baik.

situasi di mana penghawa dingin berada dalam keadaan on dan kipas siling tidak dibuka.

Dalam keadaan penghawa dingin dan kipas siling dipasang serentak (rujuk pada gambar dibawah), kitaran udara panas dan udara sejuk akan bercampur aduk dan boleh menyebabkan penapis (filter) penghawa dingin cepat tersumbat dan peningkatan sedikit dalam bil elektrik anda kerana penghawa dingin perlu berkerja lebih lama sedikit untuk menyejukkan ruang bilik anda berbanding dalam keadaan normal (penghawa dingin sahaja on)

Situasi yang menunjukkan kedua-dua penghawa dingin dan kipas siling dibuka dan berada dalam keadaan on akan menyebabkan penghawa dingin anda keliru dengan suhu ruang bilik.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku


Kredit : Khalie Azmi

Related articles