Coretan Emas Berkaitan Al Marhum Sheikh Ali As-Sobuni

Khabar pemergian Ulama Dunia, khadim al-Qur’an dan al-Sunnah, Syeikh Ali As Sobuni.

Langit beserta isinya bersedih, bumi dan ahlinya mera’tap hiba. Ingatan apa lagi hendak diberi. Pemergian Ulama Tidak Berganti

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفر له وارحمه وعافيه واعف عنه

ADVERTISEMENT

al-Fatihah…

Sheikh Muhammad ‘Ali As Sobuni salah seorang kibar ulama’ Syria baru mening-gal dunia hari ini 5 Syaaban di Turki pada usia 93 tahun, Antara kibar ulama’ yang banyak mengarang kitab. Antara kitabnya yang begitu terkenal ialah Sofwatu Tafaasir dan Rowa’iul Bayan berkenaan ayat Ahkaam.

Kewafatan Syeikh Muhammad Ali As-Sabuni

ADVERTISEMENT

Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni dilahirkan pada tahun 1930 M di Halab, Syiria. Beliau mendapat pendidikan awal dari bapa beliau yang juga seorang ulama. Beliau juga pernah berguru dengan para ulama terkemuka di Halab seperti Syaikh Muhammad Najib Sirajuddin, Syaikh Muhammad Said al-Idlibi dan Syekh Muhammad Raghib al-Tabbakh.

Seterusnya beliau melanjutkan pendidikannya di Universiti al-Azhar, Mesir, sehingga tahun 1952. Dua tahun berikutnya, di universiti yang sama, beliau memperolehi Syahadah al-‘Alimiyyah yang setaraf dengan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Syariah.

ADVERTISEMENT

Setelah pulang dari Mesir, Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni kembali ke kota kelahirannya. Beliau mengajar di pelbagai madrasah yang ada di Halab dari tahun 1955 hingga 1962. Setelah itu, beliau mendapatkan tawaran untuk mengajar di Fakulti Syariah Universiti Umm al-Qura dan Fakulti Ilmu Pendidikan Islam Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi.
Kebanyakan karya beliau adalah berkenaan tafsir dan ulum al-Quran seperti Rawa’i al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, Al-Tibyan fi ‘Ulum Al-Qur’an, Sofwah al-Tafasir, Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir, Mukhtasar Tafsir al-Thabari dan lain-lain

CORETAN EMAS BERKAITAN AL MARHUM SYEIKH ALI AS SOBUNI

[ IKHLAS PENULIS DAN PENERBITNYA ]

Kalau mahu ditunjukkan satu kitab yang diterima ummah serta penulisnya masih hidup, nescaya akan ditunjukkan kitab Sofwatul Tafasir ( Ikhtisar Tafsir Ibnu Kathir ). Baik daripada golongan kibar ulama’ ataupun tolib soghir, semuanya memuji kitab ini.

Berkata ulama’ Syanqiti dari Mauritania,

حق لهذا الكتاب أن يكتب بمأ الذهب الممزوج بمأ العيون

Hakikatnya kitab ini ditulis daripada air emas bercampur air mata

Ikhlas.

Jawapan indah kenapa kitab ini tersemat dalam hati ummah Islam.

Kisahnya bermula apabila seorang penerbit yang bernama Syeikh Sayyid Hassan Abbas Syarbatouli mendatang Syeikh Ali As Sobuni ( muallif Sofwatul Tafasir ) kerana takjub dengan kitab ini. Beliau meminta izin untuk menerbitkan kitab ini.

Lantas Syeikh bertanya,

” Adakah kitab ini ingin diniagakan ? ”

Syeikh Sayyid Hassan menjawab,

” Tidaklah melainkan untuk mendapat redha Allah ”

Syeikh menjawab,

إذا أنت بمالك و أنا بقلمي

” Kamu dengan hartamu dan aku dengan penaku ”

Kitab tersebut dicetak sebanyak 500,000 ribu naskah dengan nilaian 40 juta riyal Saudi. Kemudian, kitab tersebut disebarkan ke seluruh alam secara PERCUMA.

Tidaklah semua perbuatan tersebut melainkan meraih redha Ilahi.

Semoga pahala berterusan kepadamu wahai Syeikh !

Kisah asal : الشيخ محمد علي الصابوني

Semoga Allah merahmati beliau, mengampuni kekurangannya, dan menerima semua amal dakwahnya.

آمين

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Pustaka Turath Ilmu

ADVERTISEMENT

Related articles