Kepada anda yang memiliki JIKA kediaman yang diperbuat daripada kayu atau mempunyai pelbagai perabot kayu, anda perlu berhati-hati dengan kehadiran anai anai.
Seranggan perosak ini walaupun saiznya kecil tetapi mampu merosakkan struktur kediaman anda termasuklah pelbagai barangan rumah seperti perabot, pakaian, dokumen dan kebiasaanya lantai kayu.
Jika masalah anai-anai ini tidal diatasi dengan segera ia boleh menyebabkan kerosakan menjadi lebih serius kerana ia juga adalah serangga yang membuat sarang di dalam tanah ataupun kayu.
Untuk membasmi masalah anai-anai ini kebiasaanya kita boleh menggunakan khidmat servis kawalan anai-anai, namun anda juga boleh membasminya sender dengan membuat sendiri bahan pembasmi anai-anai dirumah.
CONFRIM BERSIDAI SEMUA ANAI-ANAI
Dengan menggunakan dua bahan campuran ini anda dapat menyelesaikan masalah anai-anai dikediaman anda.
Hasilnya operasi pembasmian anai-anai berkesan dan serangga kecil ini tidak akan kembali lagi. Bukan sahaja mudah malah ia juga sekaligus dapat menjimatkan kos.
BUAT SENDIRI PEMBASMI ANAI-ANAI
anda hanya perlukan dua bahan ini sahaja
BAHAN-BAHAN:
- 2KG Minyak Tanah
- 2KG Garam Kasar
CARA PENYEDIAAN :
1. Campurkan garam kasar dan minyak tanah ke dalam satu bekas (sebaiknya gunakan tin thiner) dan biarkan larutan campuran semalaman.
2. Keesokkan harinya barulah boleh memulakan semburan untuk membasmi anai-anai
CARA PENGGUNAAN :
1. Sebaik-baiknya lakukan semburan sebanyak 3 kali. Buat seminggu sekali selama 3 minggu dan luaskan kawasan semburan.
2. Simbah dekat anai-anai dan lebihkan dekat sarang supaya anai-anai bawa masuk ke dalam sarang.
3. Gunakan botol tebuk penutupnya dan lebihan garam ditaburkan. Ini saya buat pada kayu bawah rumah yang diratah anai-anai.
4. Untuk anai-anai atas tanah mungkin perlu sembur lebih kerap, memandangkan untuk bahagian kayu yang dimakan anai-anai pun perlu sembur 3 kali baru menjadi.

CARA KEDUA : MINYAK DIESEL DAN GARAM KASAR
Selain menggunakan campuran minyak tanah dan garam kasar, anda juga boleh menggantikan minyak tanah kepada minyak diesel. Ia juga berkesan digunakan untuk membasmi anai-anai selain murah ia juga mudah didapati tidak seperti minyak tanah yang agak sukar dicari pada waktu ini..
TERBUKTI BERKESAN
Diharapakan perkongsian ini dapat membantu para pembaca yang sedang menghadapi masalah anai-anai dikediaman. Mudah-mudahan bermanfaat. Selamat Mencuba!
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Sumber/Foto : Cucu Atok D’pallet via Vanilla Kismis