‘Cash Is The King, Bukan Beras & Maggi’ – Kisah Ini Lebih Berkesan Dari Ceramah-Ceramah Subuh Sebelum Era PKP.

TAHUN 2020 telah melabuhkan tirainya beberapa hari yang lalu. Tahun yang begitu mencabar untuk ramai orang dengan Co(vid)-19 yang melanda negara dan bahkan seluruh dunia.

Pandemik Co(vid)-19 telah memberi impak yang begitu besar kepada ekonomi negara. Ramai yang pendapatannya terjejas akibat wa(bak) tersebut dan ramai juga yang hilang pekerjaan.

Bagi mereka yang terjejas, demi kelangsungan hidup apa sahaja yang mendatangkan rezeki untuk keluarga akan dicuba memandangkan kehidupan seharian penuh mencabar ketika negara berdepan pandemik Co(vid)-19.

CASH IS THE KING… BUKAN BERAS, BUKAN JUGA MAGGI

Ujian Semakin Perit…

Tertiba teringat suatu kisah disebuah surau di USJ Subang Jaya, beberapa waktu yang lepas..

Terdengar perbualan seorang pemandu teksi dan AJK Surau selepas selesai solat Subuh..

“Saya nak minta bantuan pihak Surau bantu saya bayarkan bil api saya dah tertunggak..

“TNB dah bagi war(ning) akan potong letrik kalau tak bayar dalam masa 3 hari, saya mohon bantuan RM75 tuan.. pohon seorang pakcik dalam pakaian seragam putihnya…

“Ohh SOP Surau ni tak boleh bagi cash sebab dah banyak kes penipuan” jawap AJK dalam keadaan acuh tak acuh..

“Cuba Pakcik ke Masjid kat sana tu, mungkin mereka boleh bagi cash sebab kutipan mereka banyak”… sambung AJK

“Saya dah pergi Tuan, tapi mereka kata kena isi borang dan tunggu kelulusan AJK katanya”

“Itu pun kena bagi banyak maklumat & kena tunggu seminggu baru dapat jawapan.Dan bukan semua diluluskan sebab mereka akan buat pemeriksaan dulu” keluh pakcik tu…

“Saya terpaksa datang kesini sebab dah putus usaha dan bekalan tunai.
Minyak teksi saya pun dah kuning” rayu pakcik tu ..

“Maaf Pakcik memang SOP kita tak boleh bagi tunai…Tapi kalau nak bantu makanan saya boleh bagi..

“Pakcik boleh pergi ambik kat Kaunter Asnaf kat depan sana tu.Ambik yang dalam beg Jakel warna oren tu..”

Tapi dengan syarat Pakcik memang tak mampu dan ambik satu kampit aje tau… takut nanti terambik hak orang lain pula” syarah AJK dengan nada seorang penceramah…

“Takpa la Tuan, terima kasih, bekalan beras kat rumah saya masih ada lagi . Biar golongan Asnaf saja yang ambik hak mereka tu” jawap pakcik dengan perasaan kecewa sambil menuju kearah teksinya Proton Saga yang sudah uzur..

Sebelum sempat beliau berlalu, bangkit seorang jemaah bekas pegawai Tentera terus bersuara lantang menegur AJK Surau..

Kau ni tak habis-habis dengan SOP SOP…

SOP kau ni, Suruh Orang Pergi” syarahnya sambil menjeling kearah AJK tadi..

Kemudian beliau membentangkan sejadahnya serta membuat suatu pengumuman yang cukup berkesan …

Sebijik aku pernah dengar dari Guru ku Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki ketika membicarakan Kitab Sairus Salikin.

“Kalau telinga Tuan-Tuan dengar orang yang meminta sedekah secara terang-terangan “wajib” kita menghulurkan bantuan walaupun sepuluh sen sebab dia dah jual maruah diri nya”

“Kita kena bantu saudara kita ini supaya maruahnya dapat dikembalikan dengan cara terhormat bukan menolaknya dengan alasan yang remeh…

Tersentak hati ku dengan hujah Kolonel yang amat dalam tu..

Selang beberapa saat kemudian menderu jemaah lain termasuk AJK yang masih terpinga dengan teguran Kolonel bersara tu meletakkan beberapa helai wang kertas termasuk beberapa keping wang RM50 keatas sejadah…

Aku hanya memandang dengan seribu penyesalan….

Tanpa mengira jumlah dikutip Kolonel dan beberapa jemaah menyerahkan wang tersebut sambil memeluk erat pakcik yang tampak sangat terharu dengan rezeki yang tidak terduga…

Banyak pengajaran yang ku dapati dari insiden ini..

Lebih berkesan dari ceramah-ceramah Subuh sebelum era PKP…

  • Bawa lah dompet duit bila ke Surau….
  • Hanya suatu usaha yang kecil dapat memberikan kebaikan yang besar pada mereka yang amat memerlukannya.
  • CASH is the King… bukan beras dan maggi
  • Bersangka baik pada yang meminta terutama pada mereka yang baru cuba untuk meminta kerana bukan mudah nak jual maruah diri untuk mena(gih) simpati orang..

Salam dari Kampong Mahmodiah Johor Baru
Subuh 20 Disember 2020.

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Ahmad Tifla

Related articles