Caranya Buat Bebola Ayam Mudah & Sedap, Yang Pastinya Lebih Bersih, Lebih Sihat

Bebola ayam memang digemari anak-anak termasuklah mak dan ayahnya sekali. Jika dibuat sup, digoreng sekajap sahaja licin.

Sebenarnya ibu-ibu nak membuat bebola ayam ini tidak susah bahkan mudah sahaja. Selain menjimatkan ia juga terjamin kebersihan dan jauh lebih sihat. Anak-anak pun boleh makan puas-puas.

Resepi perkongsian Joanna Johan sangat ringkas dan mudah dan bahan-bahan yang digunakan segar yang lebih sihat dan sedap. Dah siap nanti nak buat sup boleh, goreng atau stim pun sedap!

Jom ikuti perkongsian dibawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Sosej Homemade Versi Sihat Tanpa Bahan Pengawet & Perasa Tambahan

BEBOLA AYAM HOMEMADE, BAHAN SEGAR, SIHAT DAN SEDAP

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :

  • 1 pek ayam cincang jenama Ramli
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit lada hitam biji
  • 3-4 sudu besar tepung gandum
  • sedikit garam
  • setitis dua minyak bijan

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1.Tumbuk bawang putih dan lada hitam lumat.

2.Dalam mangkuk campurkan isi ayam, bahan tumbuk, garam, tepung gandum dan minyak bijan gaul sebati.

3.Jerang air dalam periuk.

4.Basahkan jari dan bulatkan adunan kecik-kecik

5.Masukkan dalam air mendidih tadi bila timbul bebola dah masak.

BEBOLA SAYUR : Tumbuk lumat daun bawang(saya guna ketumbar jawa) campurkan dalam adunan.

BEBOLA PEDAS : Campurkan serbuk cili dan sos tomato.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Joanna Johan via RASA

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles