Cara Ustazah Asma Harun Didik Anak Supaya Pandai Kemas Rumah, Pandai Berdikari

Dalam pembentukan kekeluargaan ibu bapa merupakan salah satu yang perlu memainkan peranan penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak untuk menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan.

Selain didikan agama ibu bapa perlulah berperanan dalam mendidik anak-anak mereka semasa mereka kecil lagi dan mendisiplikan diri mereka daripada segala perkara yang dilakukannya bagi melahirkan seorang yang bertanggungjawab dan berdedikasi.

Berikut adalah perkongsian oleh Ustazah Asma Harun cara bagaimana Ustazah mendidik anak-anaknya menjadi insan yang berdikari , bertanggungjawab yang boleh kita gunakan dalam mendidik anak-anak. Jom kita lihat perkongsian oleh Ustazah Asma Harun ini.

Saya nak sebut ibu-ibu sekalian, kita ini ada peranan yang sangat besar. Saya cerita tadi mak-mak zaman dulu, mak saya pun. Kita daripada keci darjah 1 pandai dah menyapu rumah.

Betul tak?

Darjah 2, darjah 3 pandai dah jemur kain, basuh kain sendiri, pandai dah lipat kain. Kalau orang mari (datang) pandai dah buat air , lepastu angkat biskut dengan air tu.. darjah 4 darjah 5 pandai dah.

Lepas tu mak saya kata.. ‘kita nak makan ni, nak makan…’

pandai dah semua ni paham, paham macam mana?

Siapa yang tukang hidang, siapa yang tukang buat, angkat air, siapa yang buat hidang nasi, siapa yang buat hidang lauk. Tunggu dah siap atas meja, mak siap dah mak. Panggil mak kat bilik.

Lepas dah sudah masak dan makan, mak dan ayah basuh tangan sahaja. Lepas itu anak-anak ni pun pakat-pakat la siapa basuh pinggan, siapa menyapu, siapa lap lantai.

Begitu cara jika saya nak cerita mak saya latih. Kalau mengemas rumah dah tahu dah bahagian siapa. Siapa kemas bahagian ni, siapa kemas bahagian ni.. dapur siapa jaga.

Sebab apa?

Mula-mula dulu kita tidak paham, ‘ooo sedap la jadi mak ayah ni, sedap la jadi mak, tukang suruh je..sedap la jadi mak. Tak sabar nak jadi rasanya…’

Lepas itu saya jadi mak, tak kira la anak sikit ke anak banyak. Bila saya handle masalāh rumahtangga, saya dapati banyak masalāh rumahtangga disebab kan ini. Sebab orang perempuan sebagai isteri tidak pandai mengurus rumahtangga.

VIDEO :

Boleh tonton disini >> Ustazah Asma Harun – Cara Ustazah Didik Anak..Supaya Pandai Kemas Rumah, Pandai Berdikari

Kata Ustazah Asma Harun, Isteri digelar dalam Bahasa Arab sebagai rabbatul bayt memberi maksud tuan atau pengurus rumah.

Peranan kita sangat penting biar rumah kita selesa, rumah kita tu bersih, ada bayt solehah. Suami balik kerja rasa tenang, anak-anak rasa seronok dekat rumah. Bukannya duduk kat rumah sekejap rasa nak keluar, duduk rumah je rasa panas.

Lepas itu, sekarang ni saya practice pada anak. Kalau orang datang rumah mesti orang tengok..

‘Ishh ustazah ni, malāsnya… semua benda suruh anak belaka..’

Setiap anak ada bakul, ada nama, darjah 1 pun dah kena belajar lipat kain.

Mula-mula dia lipat kain hudūh. Budak-budak lipat kain. Hudūh, lipat gulung-gulung je. Selepas beberapa bulan comel dia lipat kain.

Basuh pinggan darjah 1 kena duduk atas kerusi, tak sampai. Darjah 2 darjah 3 kecik lagi. Dia basuh basuh pinggan jatuh pecah.

Nak marah tak pecah.

Oii, marah juga la sikit. Tapi masa itu saya kena kawal diri saya sebab saya yang minta dia basuh pinggan walaupun pinggan itu pinggan mahal tapi hasilnya dia pandai basuh pinggan. Darjah 2 dah pandai basuh pinggan, susun gelas comel beratur.

‘Imran kemas bilik..’

masing-masing kemas bilik. bukan bilik masing-masing. Bilik lelaki, lelaki. Bilik perempuan, perempuan.

Tapi kita kadang-kadang saja minta. Hari ini ummi nak tengok imran kemas bilik. Masa itu dia darjah 1. Bilik dia kemas bilik lagi kemas daripada abang dia. kakak dia, contoh lah.

Saya nak bagitau saya bukan tak sayang anak. Sebab saya sayang anak saya bagi satu ilmu yang sangat mahal iaitu ilmu menguruskan diri sendiri.

Saya ingat masa saya sekolah menengah saya duduk asrama. Ada kawan-kawan saya hujung minggu dia akan minta saya mengemas almari dia. Saya pun buka lah almari dia, berjatuhan barang daripada almari. Rupanya tidak pandai lipat kain. Dia gulung-gulung sahaja.

Lepas itu pun banyak almari. ‘Asma tolong lah mengemas..almari awak kemas..’

Bukan saya nak kata saya pandai mengemas, tapi mak saya tegās, memang mak didik begitu. Mak nak tengok kemas molek, gini gini.

Lepas itu saya tanya, ‘kenapa awak tak pandai mengemas?’

Di jawab ., ‘semua benda lipat kain mak saya yang buat.. saya tak pandai mengemas..’

Bila giliran menyapu macam tak menyapu. Awak ambil la juga bucu-bucu tu, ni kena la selak.

Kita kan dah diajar, selak.. tarik bawah kerusi. Selak situ selak sini.

Ada orang lap meja macam tak lap meja? Betul tak?

Mak saya lepas kami lap meja, mak datang mari cek. Lepas lap meja mak saya datang tengok. Ni ada nasi sebutir ni. Ambil semula kain. Lap kena licin ni.

Lepas basuh pinggan mak datang cek, atas tak nasi keliling singki, ni kena bersihkan ni, bersihkan betul-betul.

Kat tong sampah mak cek. Tong sampah ni, sampah ni kena masuk semua dalam tong sampah.

Dulu-dulu saya tak paham, kenapalah mak dok latih berat macam ni?

Tetapi nak bagitau, anak saya bila saya latih seperti itu orang akan nampak anak-anak saya penat. Tetapi dia orang tak penat sebab dia dah mahir. Menyapu walaupun kecik boleh menyapu, mahir dah tangan dia. Dulu dia macam tak reti. Sekarang ni dah pandai dah jemur kain, lipat kain sendiri.

Nak kata ibu-ibu sekalian, kadang-kadang kita manjakan anak. Kita kata, ‘Kesīan dia sekolah, penat penat kerja sekolah banyak..’

Kita manjakan anak kita hari ini, kita sedang membentuk satu masa depan yang gelāp. Bukanlah gelap sangat tapi perkara seperti ini boleh jadi punca perbalahān saya maksudkan.

Saya letih lihat orang muda mari berbalah baru nikah 4 5 bulan pasal perkara seperti ini sahaja.

Isteri jawab, ‘Ustazah daripada saya kecik, kemudian saya duduk asrama memang mak saya uruskan semua.. nanti tunggulah saya berubah, saya bukan tak boleh berubah..’

Ada orang tunggu sampai anak 2 3 orang pun masih tidak pandai mengemas. Rumah tunggāng langgāng sana sini. Bukan saya nak perlī siapa-siapa.

Saya nak bagitau ibu-ibu sekalian jadilah ibu-ibu zaman dahulu yang pandai memainkan peranan latih anak ini boleh berdikari. Betul tak apa yang sampaikan ni?

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel dan tips-tips menarik

Oleh : Viral Malaysia Ku
Video : Ustazah Asma Fans

Related articles