Jika anda ingin menanam pokok kesum di rumah, anda boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Rosnah Ramli ini.
Cara ini antara yang paling mudah yang boleh anda cuba. Hanya perlukan bekas plastik aiskrim terpakai sahaja. Tak perlu gunakan tanah pun, ataupun penjagaan yang rapi.
Namun hasilnya tetap pokok kesum hidup segar.
BACA JUGA : Cara Tanam Kangkung Tak Jejak Tanah, Lebih Bersih, Sekali Tuai Dapat Setengah Kilo
CARA TANAM POKOK KESUM PALING MUDAH, MEMANG MENJADI
Hai, saya nak share petua tanam kesum jadi segar. Anda hanya perlukan 3 bahan sahaja
BAHAN-BAHAN :
- Batang pokok kesum
- Bekas plastik airkrim
- Bancuhan Baja AB
CARA MENANAM :
1. Ambil penutup bekas aiskrim, tebuk saiz agak-agak boleh masuk batang kesum (saya guna hujung pisau yang dipanaskan dulu dengan api dapur)
2. Petik daun daun kesum tinggalkan batang jer dan daun-daun kecil. Kemudian cucuk masuk ke dalam lubang penutup bekas platsik yang kita buat awal tadi.
3. Kemudian masukkan campuran air bancuhan baja AB kedalam bekas platik aiskrim.
4. Tutup bekas dengan penutup yang kita telah masukkan batang daun kesum.
5. Letakkan bekas ditempat yang redup. Menggunakan cara ini anda tak perlu tengok-tengok, siram pun tak perlu. Bila dah besar tinggal petik nak guna sahaja.
Anda juga boleh guna cara ini, untuk tanam pokok pudina, kangkung dll.
Selamat Mencuba dan semoga bermanfaat.
Sumber/Foto : Rosnah Ramli