Cara Tanam Pokok Kesum Hidup Subur, Tak Sampai 24 Dah Nampak Hasilnya
Daun kesum selain dijadikan ulam, ia juga digunakan sebagai bahan rempah di dalam masakan seperti asam pedas, laksa, nasi kerabu ataupun tomyam.
Jika anda selalu menggunakan daun kesum didalam masakan, anda boleh menanamnya dirumah sahaja.
Berikut adalah salah satu cara tanam pokok kesum yang mudah dan ringkas yang boleh anda cuba untuk menanam pokok kesum ini.
Petua menanam kesum oleh Cikgu Nur Kama memang betul-betul menjadi. Hanya selepas 13 jam disemai, dah boleh nampak pokok kesum tu akan hidup subur membesar sebagai johan.



Terima kasih Cikgu Nur Kama.
Mari ikuti perkongisan di bawah ini.
PETUA MENANAM POKOK KESUM CEPAT SUBUR
1. Cari bekas yang boleh menakung air, apa-apa bekas pun boleh
2. Isi tanah separuh penuh
3. Penuhkan bekas dengan air. Kalau guna air paip pastikan biar selama 24 jam sebelum semai kesum
4. Ambil bahagian pucuk kesum dengan 5 6 helai daun. Top part of the plant
5. Cucuk kesum tu ke tanah sampai tenggelam semua melainkan pucuknya
6. Pembajaan dibuat setiap 2 minggu. Guna apa-apa baja pun boleh, larutkan dalam air
Insha Allah anda pasti berjaya! Selamat mencuba..
Sumber/Foto : Abe Wae