Cara Tanam Kangkung Tak Jejak Tanah, Lebih Bersih, Sekali Tuai Dapat Setengah Kilo

Bagi mereka yang ingin menanam sendiri sayur di rumah, kangkung adalah antara tanaman yang baik untuk anda bermula menanam. Ini kerana kangkung merupakan tanaman yang cepat tumbuh, kurang atau hampir tiada serangan perosak, mudah dijaga dan boleh dituai sekitar 25 hingga 30 hari selepas bercambah.

Selain tidak memerlukan ruang yang besar, kangkung juga boleh ditanam dengan cara tak jejak tanah seperti dikongsi oleh Yuziyana Yusop ini.

Kaedah ini menggunakan mangkuk tapis plastik dan baldi. Langsung tak menggunakan tanah. Lagi terjamin kebersihanya kan? Sebab ada rakan-rakan yang tidak makan kangkung yang dijual kerana takut ada lintah atau telur serangga di dalam batang kangkung. Yelah, mungkin kangkung yang dijual itu diambil di tepi parit. Tetapi jika kita tanam sendiri, perkara seperti ini tidak akan ada.

KEADAH/CARA TANAM KANGKUNG TIDAK JEJAK TANAH

“Jom tanam kangkung sendiri. Kangkung tapis, kangkung tak jejak tanah namanya. Tiga minggu dan boleh tuai. Satu tapis dapat dalam setengah kilo hasil kangkung. Alhamdulillah.”

CARA-CARANYA :

1. Rendam biji benih 32 jam guna air paip. Kalau ada benih yang kembang sangat dalam masa 24 jam boleh asingkan dan letak dalam tapis (boleh terus ke langkah 2).

2. Toskan benih lepas rendam kemudian masukkan dalam tapis. Agak-agak saja kuantiti biji benih. Jangan padat sangat, jangan sikit sangat.

3. Pastikan guna tapis yang lubangnya kecil sahaja. Jika lubang besar anak kangkung akan bolos nanti. Jika ada benih yang sudah berakar, masukkan akar ke dalam lubang tapis, biarkan ia menjulur.

4. Letak tapis atas baldi yang telahpun dimasukkan air paip separas mencecah dasar tapis.

5. Tutup tapis berisi benih selama 2-3 hari.Tujuan menutup biji benih adalah untuk menggalakkan anak benih cepat tumbuh.

6. Selepas 3 hari anak benih akan tumbuh seperti tauge. Jangan panik, memang betul dah caranya. Waktu ini dah boleh dedahkan kepada cahaya, air dalam takungan tak perlu buang. Boleh tambah baja AB.

7. Boleh mula guna baja ab bancuhan 10mlab+2L air atau 1.5ec-2ec

8. Hanya pantau air baja dan akr pokok. Tambah air baja bila perlu. Kadar bancuhan baja mulakan daripada 1.5ec minggu 1(10ml ab+2L air), 2ec minggu ke2(15ml ab+2L air) dan 3ec minggu ke3 (20ml ab+2L air).

9. Kangkung tuai bila kangkung berumur lebih kurang 3 minggu.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber/Foto : Yuziyana Yusop via Media Maklumat

Related articles