Cara Tanam Capsicum Dalam Pasu, Buah Elok Subur Montel. Cambah Benih Tepi Singki Saja

Bagi mereka yang suka menanam je akan faham kepuasannya bila ada pelbagai tanaman sendiri di rumah. Bukan saja sejuk mata memandang, tapi kalau dapat tanam herba atau sayur-sayuran, memang sangat menyenangkan bila nak memasak di dapur.

Selain dapat berjimat cermat, apabila nak masak atau makan buat ulam hanya perlu gunting atau petik je dari pokok. Tak perlu bersusah ke pasar atau ke kedai. Indahnya rasa kalau dapat buat macam tu kan.

Antara tanaman yang boleh anda tanam dirumah adalah capsicum. Ini yang dikongsikan oleh Fakriyah Hanafi. lihat sahaja hasil tanaman boleh buatkan seseorang itu berasa geram. Montel buahnya dan subur walau tanam dalam pasu.

Bagi yang nak cuba tanam, beliau kongsi cara yang dilakukan.

CARA TANAM CAPSICUM, BENIH AMBIL DARI BUAH SEGAR

CARA-CARANYA :

1. Beli capsicum segar di pasar, ambil bijinya (boleh rendam semalaman dan ambil biji yang tenggelam saja). Beli buah merah, jika nak hasil capsicum merah dan sebaliknya.

2. Lepas biji benih dalam bekas yang dialas dengan tisu. Saya letak tepi singki dapur saja. Periksa tisu kalau kering sembur air sikit. Tunggu hingga biji benih bercambah.

3. Bila dah bercambah, nampak ekor putih saya masuk dalam tray semaian atau pasu kecil. Siram dua kali sehari.

4. Bila dah ada 3-4 helai daun boleh alih ke pasu.

5. Saya guna tanah yang beli di nursery 6 in 1 tapi tambah dengan tanah yang harganya RM2.50 1 beg.

6. Penggunaan baja, masa sedia tanah, saya campurkan juga dengan tinja kambing. Bila dah naik pokok baru guna baja TPF dan baja sembur.

7. Bila buah sebesar syiling 50 sen balut buah untuk elak serangga perosak.

8. Capsicum ini saya tanam dalam pasu dan letak tepi rumah tapi masih kena cahaya, bila hujan kena tempias saja.

HASILNYA :

Selamat mencuba.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber/Foto : Fakriyah Hanafi , Berkebun Untuk Biginer

Related articles