Tauhu biasanya digunakan sebagai perencah masakan seperti tauhu bergedel, mee kari, mihun goreng dan sebagainya.
Bagi mereka yang menggemarinya, tauhu dijadikan sebagai satu sajian masakan.
Tauhu biasanya dibeli dalam kauntiti yang sedikit kerana ia mudah rosak atau masam. Jika anda beli tauhu dan ada lebih ada boleh ikuti cara penyimpanan yang dikongsi pengguna Facebook Azura Aris ini.
Menurut beliau cara yang digunakannya menjadikan tauhu dapat disimpan selama lebih 2 minggu tanpa rosak atau masak.
Mari ikuti perkongisan beliau di bawah ini.
BACA JUGA : Mee Goreng Tauhu Hancur Ni Memang Sedap. Tauhunya Melekat Disetiap Helaian Mee!
CARA SIMPAN TAUHU SUPAYA TAHAN LAMA
1. Cuci tauhu sehingga bersih. Kemudian rebus tauhu sehingga terapung atau timbul biji-biji kecil.
2. Tos tauhu dan sejukkan sebelum disimpan.
3. Letak tauhu yang sudah sejuk di dalam bekas tertutup. Simpan di bahagian chiller.
4. Tauhu mampu bertahan selama lebih 2 minggu dan tidak akan cepat rosak dan masak. Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Azura Aris