Cara Simpan Limau Kasturi Boleh Tahan Berbulan-bulan Lamanya

Selalunya sekali beli buah limau kasturi ni banyak sebab dah siap berbungkus dikedai. Nak gunanya cuma sebiji dua, baki tu kalau biarkan lama dalam peti ais jadi kering atau busuk.

Supaya ianya tahan lama dan mudah diguna bila bila masa untuk masak atau buat air anda boleh simpannya seperti cara yang di kongsikan oleh Siti Fatimah Abas ni. Jimat sangat. Moga bermanafaat!

BACA JUGA : Tips Buat Stok Bawang Kisar Supaya Tahan Lama, Tahan 2 Bulan Tak Bertukar Ungu

CARA SIMPAN LIMAU KASTURI BOLEH TAHAN BERBULAN-BULAN LAMANYA

1. Potong dua semuanya bagi mudah nak perah nanti.

2. Lepas dah potong dua, boleh lah diperah. Gunakan penapis kopi/teh pun boleh.

3. Nahh..dapat secawann !

Cara simpan liamu kasturi

4. Tuang atau sudukan ke dalam bekas kiub ais.

Cara simpan liamu kasturi

5. Selesai sudukan, masukkan ke dalam peti sejuk beku semalaman supaya betul-betul beku.

6. Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas atau tipuware…bila nak guna dah senang tinggal ambil seketul dua yang perlu untuk masak.

Cara simpan liamu kasturi

Nak guna untuk buat teh o limau pun senang..masuk je 2 ke 3 ketul dalam teko, nak buat sambal belacan pun mudah campurkan je seketul dua dahah siap. Jimat masa. Mudahkan!

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Siti Fatimah Abas

Related articles