Whatsapp dan Telegram merupakan 2 aplikasi yang digunakan sebagai pengirim pesan online. Hampir kesemua pengguna telefon pintar akan menggunakan 2 aplikasi ini dalam urusan seharian. Digunakan untuk urusan peribadi mahupun atas urusan kerja.
Apabila menggunakan aplikasi ini sudah pastinya anda akan mempunyai kumpulan perbualan atau ‘groups chat’ yang mengumpulkan ahli keluarga, rakan-rakan mahupun kerja. Namun jika anda perasan, kadangkala kita tidak terlepas bahkan tidak sedar secara tiba-tiba kita telah termasuk dalam kumpulan yang kita tidak mahu menyertainya.
Sebagai contohnya di Telegram. Bagi mereka yang ada Telegram pastinya pernah mengalami hal ini seperti ini iaitu selalu kena add masuk ke dalam group berunsur jud1, pelaburan, f0rex spam dan sebagainya. Satu hal pula anda perlu keluar daripada group tersebut setiap kali yang pasti melecehkan.
Oleh itu, perkongsian ini adalah cara bagaimana anda boleh mengelakkan dari individu yang tidak dikenali menambah (add) anda sesuka hati ke dalam kumpulan perbualan di WhatsApp atau Telegram dengan ikuti langkah di bawah.
TELEGRAM
1. Pertama sekali, buka aplikasi Telegram di peranti anda.
2. Pergi ke bahagian Settings kemudian tekan Privacy and Security.
3. Kemudian anda akan nampak paparan seperti ini, tekan Groups & Channels.
4. Seterusnya, anda perlu menukar tetapan daripada Everybody kepada My Contacts. Dengan ini tiada lagi individu yang tidak dikenali boleh add masuk ke dalam group yang pelik-pelik dan anda tidak suka dengan sesuka hati.
Sama juga seperti Telegram, tidak kira anda pengguna iOS atau Android, anda perlu buka aplikasi Whatspp terlebih dahulu.
1. Anda perlu pergi ke Settings dan tekan Account.
2. Seterusnya tekan Privacy.
3. Setelah itu anda akan ke paparan ini, tekan Status.
4. Setelah itu, anda perlu menukar tetapan daripada Everybody kepada My Contacts.Namun, jika anda terlalu ramai kenalan seperti melibatkan pelbagai urusan kerja, anda boleh pilih My Contacts Except.
Selesai, selamat mencuba!
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik