Cara Repair Peti Ais Yang Tak Sejuk Serendah RM5

Menjadi kebiasaan setiap peralatan eletrik mahupun elektronik akan mengalami beberapa masalah. Prestasi tidak semasa awal-awal penggunaannya dahulu. Namun itu normal.

Sama juga seperti peti ais, dimana kerosākkan pada komponen seperti defrost thermost thermostat atau defrost sensor akan menyebabkan peralatan elektrik ini menjadi kurang sejuk terutama pada bahagian ruang penyejuk, ruang penyegar sedangkan pada bahagian sejuk beku semuanya berfungsi seperti biasa.

Setiap barangan elektrik pasti ada jangka hayatnya seperti peti ais yang tak sejuk. Jarang sekali peralatan seperti ini akan rosak 100% sebaliknya ia memerlukan basic service untuk kembali ke kondisi asal

Di bawah kami senaraikan tips dan langkah tersebut seperti yang dikongskan oleh Jannatun Naim.

Menerusi hantaran Facebook miliknya,  Jannatun Naim berkongsi kepada orang ramai cara untuk melakukan basic servis bagi menangangi masalah ini.

LANGKAH DAN PERALATAN

Selain itu pastikan anda ikuti beberapa langkah keselaman dan sediakan beberapa alatan sebelum memulakan kerja DIY ini.

  1. Tutup suis peti ais ( penting!)
  2. Cable Tie
  3. Screwdriver Phillip
  4. Shrink Tube / Elektrikal Tape
  5. Defrost Thermostat
  6. Hair Dryer (Optional)
  7. Punca tidak sejuk

Kalau bukak cover bahagian atas peti sejuk, macam ni rupa dia, semua dah frozen, sebab tu bawah tak sejuk.

CAIRKAN AIS TERKUMPUL

Tunggu ais tu mencair sendiri. Saya tak kuasa nak tunggu, jadi guna hair dryer pon boleh nak bagi cepat cair. Tadah bekas. Senang nak buang ais yang cair tu

CARI DAN GANTI SENSOR

Ok.. Dah cair perasan tak benda tiub warna pink tu, haaa tu la sensor tu… potong cable tie tu.. Tarik keluar sensor tu

Ok ni keadaan sensor tu. Yang bawah tu (warna biri) baru punya.

Ok macam ni.

Potong wayar pada tiub asal sambung ke sensor baru.

Potong wire yang asal tu, pastu sambung pada yang baru, jangan risau tak ada polarity. Bubuh ja ikot suka hampa. Kemaskan guna heat shrink tube (warna hijau tu), kalau takda boleh guna selotip hitam (electrical takpe) pon tak apa.


Letakkan pada posisi asal, bahagian metal sensor tu hala ke bahagian bawah ye. Guna kable tie, ikat balik kemas-kemas, supaya tak bergerak-gerak. Tutup balik cover. Ha siapla senangkan.

P/S : Yang tiub belah bawah tu pulak nama dia thermal fuse, macam fius biasa untuk elakkan coil terlebih panas (fius putus) masa peti sejuk ni auto untuk cairkan ais (defrost heater) yang terjadi masa compressor off.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : Viral Malaysiaku
Sumber : Buzzkini

Related articles