Cara Orang Lama Buat Sambal Lada, Jeruk Dengan Air Kelapa Muda. Sedap Terangkat Boh!

Resepi orang lama-lama atau dulu-dulu memang unik misalnya seperti sambal lada atau air lada ini. Antara bahan utama yang digunakan selain cili atau lada adalah air kelapa muda.

Sambal lada ini sangat sedap dan sesuai dimakan bersama mee sup, bihun sup ataupun nasi berlauk. Memang membangkitkan selera. Cara membuatnya mudah dan ringkas seperti yang dikongsikan oleh Puan Key Tiey ini. Mari kita ikuti perkongsian ini dibawah.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Sambal Kicap Power Yang Sesuai Dimakan Bersama Apa Sahaja. Pasti Berbaloi-Baloi!

CARA BUAT SAMBAL LADA VERSI ORANG DULU-DULU GUNA AIR KELAPA MUDA

Orang lama bila buat jeruk cili kampung untuk dijadikan sambal lada@air lada. Yang penting guna air kelapa muda.

Masa bukak tadi Ya Allah semerbak bau nya. Terus rasa nak goreng mee basah-basah makan dgn cili ni

BAHAN-BAHAN :

  • 1kg cili kampung
  • Air Kelapa Muda secukupnya
  • Garam
  • Gula
  • Cuka

CARA PENYEDIAAN :

1. 1kg cili kampung(buang kalau ada cili-cili rosak, cuci bersih tak payah buang tangkal dan sejat bagi kering).

2. Dah kering masukkan cili dlm balang berpenutup, masukkan air kelapa paras cili.

3. Tutup dan jeruk selama seminggu.(Jangan dibuka-buka penutup balang tu selama jeruk)

4. Saya simpan diluar saja untuk cili lembut dan mudah proses nak tumbuk. Simpan peti boleh jugak tapi lambatla cili lembut.

5. Bila dh seminggu, buangkan air kelapa & jangan bilas. Bila satu minggu tu air kelapa tu akan jadi keruh&sedikit keladak.Jgn risau ok je tu.

6. Kali pertama bukak balang tu nanti akan bau yang sangat membuka selera.. Aumm

7. Boleh tumbuk@bland kasar ditambah dengan garam, gula&cuka(apple@nipah) secukup rasa. Dah settle bolehlah masuk dalam balang lain & simpan dalam peti sejuk.

TIPS TAMBAHAN:

Bila cili dh lembut ni, takyah nak tumbuk beria sangat. kang masuk mata satu hal kena tido bawah shower malam ni. Makcik kiah tak bertanggujawab ya!

Cukup “genyeh-genyeh” gitu je dengzn lesung masuk garam,gula & cuka sedikit. Kalau nak bland pn boleh.. manja-manja je jagan lumat.

Selamat Mencuba Warganet!

Sumber/Foto : Key Tiey

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk tips dan artikel-artikel menarik

Viral Malaysiaku.

Related articles