Menanam sayur-sayuran sendiri di rumah boleh menjimatkan kos dan pengguna boleh menanam jenis yang biasa dimakan dengan mudah.
“Kita tidak memerlukan ruang yang besar untuk menanam sayur-sayuran.
“sayur-sayuran berdaun seperti sawi, kangkong, boleh ditanam dengan mudah walaupun di balkoni namun ramai yang kurang berminat kerana proses penjagaannya sehinggalah boleh dituai.
Sebenarnya ada cara mudah yang boleh kita gunakan untuk menanam sayur-sayuran dengan mudah. Jika ada malas untuk kerap membaja namun inginkan hasil tanaman yang subur, anda boleh ikuti perkongsian oleh Puan Noramiraarwin Marjono
TANAM SAYUR BERDAUN TAK PERLU BAJA
CARANYA :
Saya jenis pemalas, cuma rajin siram saja. Jadi siapa yang macam saya boleh teruskan pembacaan.
HARI PERTAMA
- Set terus nak tanam di mana : raised bed / batas / pasu.
- Hari sama semai biji benih di tempat semaian lain.
- Korek cetek batas/raised bed/ pasu lalu letaklah baja.
- Pilih baja sama ada kompos / vermikompos / tayam / tahi kambing / kopi / npk15. pilihan baja menentukan kesuburan tanah pada masa akan datang.
- Boleh guna tayam (tahi ayam) : murah sangat, mudah lerai, jadikan tanah makin subur, kaya microbe.
- Kalau tanah keras, tambah tanah siap campur yang 6in1 atau 4in1. Kalau pandai buat adunan sendiri pun boleh juga.
- Kalau sebelum ini tanam dah bantut maknanya tanah dah tak sihat, maka cara paling murah tambahlah sekali kapur pertanian. Kemudian tutup balik baja (dan kapur, kalau tambah kapur). Tak perlu dalam sangat.
HARI KE-2 SEHINGGA HARI KE-7/10/15
Siram tapak semaian, siram sekali batas/pasu. Siram semaian 2 kali sehari. Siram batas sehari sekali dah memadai. Waktu ini akan naik rumput, jika ada buang.
HARI KE – 7/10/15
- Pada hari ke-7 ini barulah pindahkan anak benih ke batas yang disediakan tadi. Hari pindah berbeza-beza ikut benih, kalau cepat cambah, cahaya cukup, cepatlah ia keluar 2 helai daun sebenar.
- Gembur manja permukaan batas sebelum buat lubang pakai jari untuk masukkan anak pokok.
- Pindah anak benih pada waktu petang.
- Tanam anak pokok dalam sampai aras kotiledon. Poin ini paling penting sebenarnya untuk dapatkan pokok yang besar.
- Bila tanam dalam, akar lebih stabil, mampu serap nutrient dengan baik dan pokok jadi gemuk.
HARI KE – 7/10/15 SEHINGGA TUAI
- Siram 2 kali sehari sehingga tuai
- Tak perlu baja lagi. Kawalan serangga ikut suka. Boleh jadi perlu / tak perlu pun kawalan serangga.
Sayur lain seperti kekacang, cili, bendi, terung juga sama, tapi tapi saya akan baja lepas sebulan. Kadang tak baja pun. Ini cara saya.
HASILNYA
#ini untuk berkebun makan sendiri, kalau niaga lainlah caranya.
#ini cara saya, cara tiap orang berbeza-beza. saya minta maaf kalau ada yang tak setuju
#saya doakan pokok awak pun akan gemuk-gemuk jugak. kita belajar sama-sama ok
Selamat mencuba.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber/Foto : Noramiraarwin Marjono