Cara Mudah Simpan Ayam Yang Ramai Tak Terfikir, Tak Perlu Dah Nak Rendam Untuk Masak

Menjadi kebiasaan dalam kalangan kita apabila membeli barangan basah dipasar seperti ayam akan simpan di simpan dalam peti sejuk / freezer untuk mengelakkan ayam tadi menjadi būsūk. Bila dah disimpan mestilah ayam itu beku kan? Bila dah beku terpaksā la para ibu rendam ayam tersebut di dalam air terlebih dahulu sebelum dimasak.

Cara kebiasaanya para ibu ini akan mengambil masa yang lama untuk tunggu ayam defrost. Apa kata para ibu cuma cara atau petua daripada Rose Afifi ni, dah tak perlu sūsah-susāh tunggu dan akan menjimatkan banyak masa untuk memasak!

Mari kita ikuti perkongsian ini.

TAK PERLU RENDAM LAMA-LAMA DAH UNTUK MASAK. INI CARA MUDAH SIMPAN AYAM!

Cara ini dikongsikan oleh Rose Afifi menerusi akaun TikToknya, dan dia harap dapat membantu para ibu, wanita diluar sana terutama yang bekerja, yang kurang waktu dan nak cepat untuk memamsak.

LANGKAH 1

Seperti biasa setiap kali lepas beli ayam cuci bersih ayam tersebut dan toskan

LANGKAH 2

Ambil kertas pembalut makanan (warna coklat), lipat dua untuk digunakan sebagai alas ayam. Pastikan guna yang bahagian luar, bahagian yang licin ada plastik untuk alaskan ayam dalam bekas.

LANGKAH 3

Ambil ayam dah sudah dicuci bersih dan ditoskan tadi, susun potongan ayam-ayam tersebut diatas kertas pembalut makanan yang telah kita letakkan didalam bekas simpanan tadi menjadi satu lapisan/susunan.

LANGKAH 4

Selepas susun satu lapisan, ulang semula langkah 2 dan langkah 3 sehingga bekas penuh dengan susunan ayam.

LANGKAH 5

Siap susun potongan ayam tadi, tutup bekas tersebut dan simpan dalam peti ais! Jika bekas pertama penuh, isi cara yang sama kedalam bekas kedua dan seterusnya.

HASILNYA

Lihat keadaan ayam ini, ayam tidak melekat pada bahagian susunan ayam dibawahnya dan memudahkan proses memasak di dapur. Tak perludah rendam ayam lama-lama dalam air.

Mudah dan ringkas sahaja cara simpan ayam ini? Mungkin untuk lebih jelas lagi, anda boleh melihat sendiri video yang dikongsikan oleh Rose ini. Semoga sedikit sebanyak perkaongsian ini membantu dan memudahkan kerja.

VIDEO 

PART 1 : Cara mudah simpan ayam

PART 2 : Hasilnya

BACA JUGA :  Cara Betul Simpan Ikan, Tahan Segar Lebih Lama Macam Baru Beli

IKAN, UNDANG, SOTONG PUN BOLEH

GOOD IDEA SIS

KERTAS BOLEH RECYCLE, BASUH DAN GUNA SEMULA

Mudah kan cara ni? Selamat Mencuba!

Semoga Bermanfaat

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Ikuti kami di @viralmalaysiaku untuk perkongsian artikel, info-info menarik yang bermanfaat.

Oleh : Viral Malaysia Ku
Kredit : Rose Afifi, Daily Makan, Rencah Rasa

Related articles