Cara Mudah Masak Kuah Spaghetti Bolognese, Jauh Lebih Sedap & Sihat, Guna Bahan Fresh Je!

Spageti Bolognese adalah antara sajian pasta yang menjadi kegemaran ramai termasuklah anak-anak. Mungkin kerana cara penyediaannya yang ringkas, mudah, rasa yang sedap dan tidak pedās. Di pasaraya, terdapat pelbagai jenama sos spageti yang ada.

Namun bagi mereka yang inginkan kelainan, sesekali anda boleh cuba menyediakan sendiri kuah spaghetti bolognese sendiri yang rasanya jauh lebih sedap berbanding jenama sos spageti yang ada dipasaran.

Sebenarnya nak buat kuah spaghetti bolognese ni tak susāh mana pun caranya. Malah, rasanya tentu lebih sedap sebab kita menggunakan bahan-bahan segar yang jauh lebih sihat, berkhasiat dan jimat. Ini resepi mudah yang dikongsikan oleh Puan Nurjana Noh.

BAHAN-BAHAN

  • 8-10 biji buah tomato segar
  • 2 biji bawang holland
  • 1 labu bawang putih
  • 1/2 tin kecil tomato puree
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit oregano
  • Bebola ayam
  • Garam / gula perang secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

Cara buat kuah spaghetti bolognese yang lebih sihat, guna bahan fresh

1. KĒLAR & RĒBUS TOMATO

Mula-mula kelarkan sedikit buah tomato pada 4 bahagian macam dalam gambar di bawah. Tujuannya nak mudahkan kopēk kulit tomato tu nanti. Kemudian didihkan air dan masukkan tomato hinggalah tomato masak dan lembut isinya.

2. RENDAM DALAM AIR SEJUK

Bila dah cukup masak, bolehlah diangkat dan masukkan pula dalam 1 bekas air sejuk.

3. BUANG KULIT

Lepas dah tak panas lagi, bolehlah buangkan kulitnya macam dalam gambar di bawah ini.

4. KĪSAR

Lepas tu potong-potongkan sedikit untuk dimasukkan ke dalam blender. Kīsar kasar-kasar dalam 2-3 kali tekan saja.

5. TUMIS BAWANG

Inilah bawang yang saya gunakan untuk menumis. Saya memang suka banyak bawang, jadi kalau siapa yang tak suka bolehlah kurangkan sikit.

Tumbūk bawang putih dan dadukan bawang holland.

Tumis hingga naik bau.

6. MASUKKAN TOMATO & BAHAN-BAHAN LAIN

Seterusnya masukkan tomato yang telah dikīsar tadi. Tambahkan sedikit air, lada hitam, oregano, tomato puri dan bebola ayam.

7. PERASAKAN

Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula perang. Adjust rasanya ikut sukalah ya.

SIAP!

Bila dah siap, bolehlah dihidangkan dengan mi spaghetti yang dah direbus dan ditoskan. Bubuhlah apa-apa topping penyedap rasa macam taburan keju, cili atau rempah-rempah lain. Sedia untuk dinikmati!

Wah, mudah kan? Lepas ini tak perlu lagi beli sos spaghetti segera tu. Selain boleh berjimat, dapatlah kita sajikan hidangan yang berkhasiat untuk anak-anak. Rasa tomato asli dan teksturnya yang segar tentu lebih memikat. Selamat mencuba!

والله أعلم بالصواب

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Kredit : Rahsia Rumahtangga via Rencah Rasa

Related articles