Umum mengetahui kapur merupakan salah satu bahan yang digunakan didalam pembuatan mi kuning.
Masakan mee kuning yang ada rasa kapur yang kuat menyebabkan masakan itu jadi tidak sempurna. Bila makan mi kuning tapi ada rasa kapur, memang boleh buat kita rasa ‘putus selera’.
Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk hilangakan kapur pada mi kuning. Antaranya cara yang dikongsikan oleh @aliabangs ini. Beliau berkongsi tip mudah iaitu dengan meletakkan gula dalam rendaman mi kuning. Memang menjadi!
Jom kita ikuti perkongsian ini.
CARA MUDAH HILANGKAN KAPUR PADA MI KUNING
1. Masukkan mi kuning dalam periuk atau bekas.
2. Leraikan mi kuning tersebut.
3. Kemudian masukkan air. (Boleh guna air biasa atau air suam)
4. Masukkan sedikit gula perang atau gula putih. Gaul sebati
5. Rendam mi tersebut lebih kurang 15-30 minit.
6. Selepas itu, basuh sekali lagi dan toskan.
Mi kuning sedia digunakan untuk masak pelbagai resipi mi kesukaan anda.
Selamat mencuba dan mudah-mudah bermanfaat.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber/Foto : Aliabangs (TikTok), My Resepi