Umum mengetahui kapur merupakan salah satu bahan yang digunakan didalam pembuatan mi kuning.
Masakan mee kuning yang ada rasa kapur yang kuat menyebabkan masakan itu jadi tidak sempurna. Bila makan mi kuning tapi ada rasa kapur, memang boleh buat kita rasa ‘putus selera’.
Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk hilangakan kapur pada mi kuning. Antaranya cara yang dikongsikan oleh @aliabangs ini. Beliau berkongsi tip mudah iaitu dengan meletakkan gula dalam rendaman mi kuning. Memang menjadi!
Jom kita ikuti perkongsian ini.
CARA MUDAH HILANGKAN KAPUR PADA MI KUNING
Hai semua hari ini nak share tips ringkas cara-cara nak hilangkan rasa kapur pada mi kuning. Sangat mudah, sangat ringkas. Cara-caranya sepert dibawah :
1. Masukkan mi kuning dalam periuk atau bekas.
2. Lerai-leraikan mi kuning tersebut.
3. Kemudian masukkan air. Boleh guna air paip biasa atau air bertapis, yang peting air mestilah pada suhu bilik.
4. Masukkan sedikit gula perang atau gula putih. (kuatiti gula yang saya gunakan ini untuk makan 20 orang)
5. Gaul dan rendam mi tersebut lebih kurang 10-15 minit. Jangan risau mi takkan kembang
6. Selepas itu, boleh basuh/bilas sekali lagi dan toskan. Inilah rupa air rendaman mi kuning dan gula tadi.
Mi kuning sedia digunakan untuk masak pelbagai resipi mi kesukaan anda. InsyaAllah tiada rasa kapur pada mi kuning. Nak lebih jelas boleh tonton vedio di bawah ini.
VIDEO
Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mee Kuning | TikTok @aliabangs
Selamat mencuba dan mudah-mudah bermanfaat.
Sumber/Video : @aliabangs | TikTok
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik
Viral Malaysia Ku