Lipas adalah antara serangga perosāk yang biasa ada disetiap kediaman rumah. Kabinet dapur sering dijadikan markas utama serangga ini. Mak-mak pasti angin jika ternampak si lipas ni, ada yang menjerit dan sebagainya.
Jika anda mengalami masalah ini, anda boleh ikuti pertua yang dikongsikan Ummi As ini. Dikatakan petua ini sangat menjadi, habis lari semua lipas didalam kabinet dapur. Malah jimat. Mari kita ikuti perkongsian dibawah.
ARTIKEL BERKAITAN : Petua Mudah & Mujarab Cegah Semut, Lipas Dan Cicak Di Rumah
CARA ELAK LIPAS ‘BERKAMPUNG’ DALAM KABINET DAPUR
Beberapa bulan lalu kita buat sisihan di dapur dan buang apa-apa yang tak berkaitan dan kita nak kongsi idea kot boleh bantu atasi masalah “cikpas”.
Saya dah cuba cara ni selama hampir 3 bulan dan alhamdulillah dengan izinNya kini kabinet dapur saya tak diziarahi cikpas lagi. Mungkin cikpas ni tak suka kot bauan tu so tak mendatang dah kini.
So far hampir 3 bulan ni bayangan cikpas dan hasil membuangannya pun tiada. Bubuh 4 sekawan dalam mesh net beg tapi kena buh 3-4 beg la dalam kabinet tu. Dan banyakkan cengkih dan buah pelaga…
-Letak empat sekawan dalam mesh net (lebihkan cengkih dan buah pelaga)
-Ikat di tombol pintu kabinet atau campakkan sahaja di dalam kawasan kabinet.
Cuba la, mana lah tahu berhasil untuk korang. Berjaya untuk saya tidak semestinya untuk korang. Apa-apa pun usaha itu tangga kejayaan.
TAPI sebelum letak tu…bersihkan kabinet, kosongkan lap bersih-bersih dan spray la dengan apa yang biasa korang guna. Saya hanya spray dengan citrus cleaner jer. Sembang-sembang dengan cikpas suruh dia jangan datang lagi…jangan marah-marah…
Sumber/Foto : Ummi As
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk tips dan artikel-artikel menarik
Viral Malaysiaku