Cara Mudah Buat Sambal Penyet Yang Sedap. Stok Untuk Ramadhan, Makan Dengan Apa Pun Sedap!

Sambal penyet antara hidangan mudah disediakan yang sesuai dimakan bersama ikan goreng, ayam goreng bahkan lauk lain juga boleh. Menjadi penambah rasa dalam hidangan.

Nak menyediakannya ringkas dan mudah sahaja. Boleh lah buat stok untuk sahur atau berbuka nanti. Tinggal ambil dan makan sahaja.

Mari kita ikuti resepi sambal penyet perkongsian Zurina Zulkefli di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Sambal Ikan Bilis Rangup Krup Krup. Rasa Pedas, Masam Manis. Nikmat!

RESEPI SAMBAL PENYET

Jarang-jarang saya buat sambal penyet. Hari ni kebetulan beli banyak tomato, jadi saya masak sambal penyet buat stok dalam peti. Esok lusa kalau teringin nk makan pedas, makan je dengan sambal penyet ni ha dengan nasi panas-panas.

Resepinya mudah sahaja.

BAHAN-BAHAN :

  • 7 tomato merah
  • 5 cili merah besar
  • 20 cili merah kecik
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula
  • Minyak masak

CARA MEMASAK :

1. Panaskan setengah cawan minyak masak ke atas kuali.

2. Masak bawang merah & bawang putih hingga berbau harum.

3. Masukkan semua tomato dan masak sampai lembik.

4. Masukkan semua cili merah dan belacan, gaul sebati bersama tomato tadi.

5. Padamkan api dapur dan rehatkan masakan seketika sehingga suhu menjadi suam.

6. Kemudian, kisarkan masakan ke dalam blender tapi jangan kisar terlalu kerap. Elakkan sambal penyet menjadi halus. Kita tak nak tekstur sambal penyet macam cili bo.

7. Sesudah kisar, masukkan semula ke dalam kuali dan masak sehingga warna sambal menjadi lebih gelap dan pecah minyak.

8. Akhir sekali citarasakan sambal dengan garam dan gula secukupnya.

Sedia dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.

Sumber/Foto : Zurina Zulkefli

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles