Cara Mudah Buat Roti Canai Dirumah. Sedap Lembut & Dijamin Menjadi

Roti Canai adalah satu makanan yang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Sinonim dengan antara menu utama sarapan pagi. Teksturnya yang rangup, lembut dan gebu menyebabkan ramai yang menggemarinya. Lagi-lagi dimakan bersama kuah kari atau dal.

Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai memang berbaloi untuk belajar cara buat roti canai ini. Jangan risau kalau tak pandai tebar, ada cara supaya ia menjadi nipis elok.bPerkongsian resepi oleh Tg Khuzanika ini sangat mudah dan dijamin menjadi

CARA BUAT ROTI CANAI SIMPLE YANG LEMBUT, RANGUP & SEDAP

Jommm pakat buat roti canai homemade..sedap lembut.. Boleh juga frozenkn. Ada kak khuza boh resepi kat bawah.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tepung gandum
  • 1 sudu makan gula
  • 1 sudu makan garam
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 biji telur
  • 2 cawan air

CARA MEMASAK:

1. Satukan susu, gula, garam dan telur bersama air. Kacau hingga larut.

2. Masukkan tepung dan juga marjerin. Uli hingga menjadi doh kemudian rehatkan selama 10 minit.

3. Kemudian uli doh sekali lagi, kemudian rehat sebentar diikuti diuli kembali hingga mendi doh yang licin, elastrik dan kenyal.

4. Untuk doh ini, jika lembik, tabur tepung secukupnya dan uli hingga dapat tekstur yang elastrik. Jika doh nampak keras, renjis sedikit air dan uli hingga doh nampak lembut.

5. Bila doh sudah sempurna, bulat-bulatkan doh kemudian sapu marjerin di permukaannya. Masukkan ke dalam bekas.

6. Ulang proses membulatkan doh hingga habis. Bila selesai, tuang sedikit minyak ke atas doh tadi.

7. Perap doh selama 4 jam dan keatas. Lagi lama diperap, lagi lembuh tekstur roti canai apabila dimasak nanti.

8. Jika menggunakan Bread Maker, masukkan bahan cecair terlebih dahulu diikuti tepung. Guna mood ‘knead’ 3-4 kali hingga doh menjadi elastik dan kenyal.

9. Untuk memasak, canai doh roti pada dulang hingga nipis.

TIPS : Kalau tak pandai tebar, tarik-tarik sahaja belakang dulang macam mak-mak kita buat dulu. Yang penting jadi nipis

10. Simpulkan sebegini kemudian bolehlah dicanai sekali dan dimasak.

11. Enak dimakan bersama kuah dhal atau kari.

Sumber/Foto : Tg Khuzanika

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik

Related articles