Cara Mudah Buat Roti Boy Guna Sukatan Cawan, Gebu Dan Rasa Lemak Manis

Roti Boy adalah sejenis roti bun lembut yang dibakar bersama sos kopi yang harum, berintikan mentega bergula menjadikan ia sangat enak dinikmati pada bila-bila masa. Biasanya kalau pergi ke mall, mesti akan beli roti boy ni. Maklum lah dari jauh lagi memang dah hidu bau semerbak aroma kopi yang wangi sungguh..

Namun jika datang rasa teringin nak makan tu tak senang duduk dibuatnya. Nak membelinya pula perlu keluar rumah ke mall. Tapi apa kata kali ni cuba buat sendiri, memang gebu dan sedap. Guna sukatan cawan je senang..

Perkongsian resepi daripada Ida Zaida ini akan bantu anda membuat roti boy yang sedap dan enak. Jom!

RESEPI ROTI BOY

BAHAN A :

  • 1/4 cawan Air sejuk
  • 2 sudu yis
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu susu pekat (saya guna susu tepung anak je 2 sudu)
  • 2 cawan tepung
  • 1 biji telur kuning
  • 1 sudu butter

BAHAN B : TOPPING

  • 1 sudu butter
  • 4 sudu gula perang (bergantung nak banyak mana)
  • 1 biji telur
  • Air bancuhan nescafe(saya guna 3in1)
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung

CARA MEMBUAT (DOH ROTI) 

1. Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk. Uli sampai sebati. Saya uli dengan mixer sekejap je dah gebu) nak uli dengan tangan pun boleh.

2. Bentukkan doh bulat-bulat, bubuh sedikit potongan butter berserta sedikit gula (bagi rasa lemak-lemak manis).

3. Bila doh dah mengembang elok. Letak topping barulah dibakar.

4. Bakar suhu 170 selama 20 minit hingga masak (mengikut oven masing-masing.

BAHAGIAN TOPPING 

1. Satukan semua bahan B bersama air bancuhan nescafe (2 sudu nescafe+2 sudu air panas) kalau guna nescafe 3in1 1 paket, tanpa perlu dibancuh dengan air, masukkan je terus. Kacau rata sampai sebati dan boleh letak atas roti dan bakar.

HASILNYA

Siap untuk dihidangkan

Selamat Mencuba !

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysiaku
Sumber/Foto : Ida Zaida via My Resepi

Related articles