Cara Mudah Buat Cleaning, Barulah Aircond Sejuk Berangin

Cara Mudah Buat Cleaning, Barulah Aircond Sejuk Berangin

Jika aircond di rumah anda rasa kurang berangin, anda perlu buat cleaning. Baru lah aircond sejuk dan berangin.

Oleh kerana semalam angin aircond pelan ja walaupon blower dah full speed, harini ambik masa sekejap buat cleaning balik aircond ni. Step mudah yang hangpa sendri pon boleh buat..

Sebelum mula, hangpa kena sediakan :

PERALATAN DIPERLUKAN :

  • Skru Driver
  • Berus yg bersih. (Ada vacuum lagi baguih)
  • Air conditioner cleaner. (Boleh beli kat DIY, tapi aku tak guna pon, sebab coolingcoil tak nmpak kotoran degil berkerak.. just habuk yang boleh dicuci dgn berus)
  • Kain untuk mengelap.
  • Tangga
  • Sedikit buat pala tau.

LANGKAH DEMI LANGKAH

First, lepas buka filter, hangpa buka cover filter dan cooling coil ni. (Jangan lupa off suis ekon dulu naa) Tarik pelan-pelan ke atas. Sebelah lagi pon hangpa buat step yang sama.

Lepas dah bukak cover tu, hangpa bukak casing ekon tu. Ada 2 ke 3 biji skru ikut jenis dan brand ekon. Macam sharp inverter ni ada 2 biji skru kiri dan kanan casing.

Lepsa dah buka skru, hangpa bukak casing dengn cara tarik dari sebelah atas casing ke atas dan kemudian tarik ke arah hangpa. Buat lemah lembut kalau tak biasa, satgi patah naya.. haha. Kebanyakan cara buka casing ekon ni sama ja.

air tak sejuk

Kemudian, hagpa bukak flap angin yang swing tu. Buka yang tengah dulu dengan tolak kaki flap ke belakang keluar dari holder tu.

Pastu hangpa tarik kaki flap sebelah kiri keluar pelan-pelan. Jangan kasar, satgi patah haha. Kemudian keluarkan flap dari motor flap sebelah kanan tu.

Ok lepas dah bukak casing, kalau room temperature sensor jenis dok kat cooling coil, hangpa cabut dari cooling coil tu dulu. Senang hangpa nk cuci cooling coil satgi.

Ok pastu pulak, hangpa bukak flap angin yang boleh adjust kiri kanan ni. Kalau jenis sharp ni ampa tolak ja setiap klip tu ke atas untuk bukak. Lain brand ekon lain cara bukak dia, jadi hangpa perati elok-elok sebelum buat pala tau. Benda tu mudah patah.

cara mudah servis airceond

Yeahh.. nampak dah blower. Ambik hang, berkerak… so ni punca dia angin koi pelan haha. So hangpa cuci la pakai berus. Sambil-sambil tu sedut guna vacuum pon boleh.

Kalau teruk lagi sampai tak keluaq kotoran tu, hangpa semboq pakai aircond cleaner. Biaq sat bagi dia keluaq semua kotoran degil tu, pastu hangpa tadah bekas ka besen ka, then hangpa semboq dengan presure ayaq.

Boleh beli botol presure yang guna manual pam tu. (Beringat, jangan pi semboq kat board ekon sebelah kanan tu.. lupp teruih satgi naya pak karim. Tutup board ekon tu dengan plastik untuk langkah selamat)

Jom kita kasi cuciii

Okeh blower pon dah cuci calat.

Cooling coil pon dah cuci bersih merelip merelap dah..

(cuci jangan sampai terpenyet fin cooling coil tu. Kalau guna berus, berus ke atas dan ke bawah ikut alur fin tu. Sesetengah orang ikut dan ja tonyoh kuat-kuat sampai penyet abih fin tu. Nanti udara nak lalu celah-celah fin tu payah. So kurang efisyen la sejuknya.

Kalau hangpa guna air conditioner cleaner, semboq dan biaq dia keluarkan semua kotoran-kotoran tu, then semboq guna presure ayaq. Semboq sikit-sikit smpai bersih. Jangan lupa tadah plastik ka bekas ka atau besen ka.

Ok lepas hangpa dah basuh semua benda-benda plastik ni, hangpa pasang balik ikut turutan ampa bukak tadi.

Pasang flap kiri kanan dulu, pastu flap swing atas bawah, pastu pasang casing.. pastikan casing masuk rapat elok baru skru balik.

Then last skali pasang balik cover filter tu. Just tekan masuk ja.

Pasang balik filter yang hgpa dah cuci bersih-bersih.

Okehh siappp… nyaman macam baruuu. Bukak fan speed no 1 pon rasa angin dah.

Nahh… ni baru 8 bulan punya habuk. Kalau hangpa dah bertahun tak pernah cuci tu, tak taulah.

NOTA :

Untuk buka cover setiap aircond bergantung kepada jenis jenama dan model. Untuk mudah proses buka dan pasang anda disarankan untuk menonton tutorial di Youtube.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Khairul Azwan Abd Aziz

Related articles