Seperti kita sedia maklum, kerang hidup di kawasan berlumpur yang menjadikan cengkerangnya perlu dibersihkan sebelum dimasak. Jadi agak kotor. Ini kerana terdapat banyak lumpur yang melekat padanya. Pelbagai cara atau petua yang digunakan untuk membersihkan kerang ini.
Hanya menggunakan 2 bahan iaitu air sejuk dan garam kasar, kerang akan jadi lebih bersih! Ini tips yang dikongsikan oleh Puan Norhilyani Harun. Pasti isi dan kulit kerang akan jadi lebih bersih tanpa perlu anda sental dengan berus gigi satu persatu.
Anda nak tahu bagaimana caranya? Mari ikuti perkongsian ini.
MUDAH! INI CARA BERSIHKAN KERANG GUNA AIR SEJUK DAN GARAM
BAHAN-BAHAN :
- Air Sejuk
- Garam
Baru tau cara cepat nak bersihkan kerang. Tadi berus pakai berus gigi. Baru berapa biji dah lenguh jari. Jenuh nak berus sekilo kerang.
Lepastu terus google cara senang bersihkan kerang. Rupanya cuma pakai air sejuk (saya tambah ais) + garam kasar.

Buat berapa kali sampai air dia jernih. Tadi saya basuh 3 kali. Memang betul-betul bersih.. Lagi bersih dari berus pakai tangan. Senang kerja.
Korang ada cara lain tak untuk bersihkan kerang?
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Norhilyani Harun via Daily Makan