Cara Menabung Untuk Orang Boros, Simpan Duit Ikut Hari Bulan. Setahun Boleh Dapat RM5,767

Umum mengetahui bahawa kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan ramai daripada kita lebih berjimat dalam berbelanja keperluan mahupun kemahuan seharian seterusnya menyimpan sedikit wang untuk keperluan diri atau pada hari mendatang.

Namun bagi mereka yang sudah terbiasa berbelanja tanpa kawalan, ia mungkin agak sukar dilakukan namun dengan perancangan yang betul tabiat boros itu, siapa sangka seseorang itu boleh menabung sehingga RM5,767 setahun.

Ini yang dilakukan dan dikongsi oleh Ana Sofiana ini. Ujar wanita ini dia memang ada sikap boros, ada saja duit memang habis dibelanjakan namun dengan cara ini dia berjaya menyimpan setiap bulan antara RM435 hingga RM496

ADVERTISEMENT

Caranya adalah dengan menabung kuantiti RM ikut hari bulan. Untuk lebih jelas boleh baca perkongsian beliau ini.

CARA MENABUNG UNTUK ORANG BOROS, SETAHUN BOLEH SIMPAN RM5,767

CARA MENABUNG ORANG BOROS

Yaa! Saya laa itu orangnya. Boros membeli makanan sampai tidak sedar berat badan naik sudah pula. Haha!

Jadi disini Anaa mau share macam mana Anaa menyimpan duit untuk tahun ni dengan cara paling simple saja. Macam mana tu?

ADVERTISEMENT

Menyimpan ikut tarikh Hari Bulan

  • 1 hb – RM1
  • 2 hb – RM2
  • 3 hb – RM3
  • 4 hb – RM4

dan begitulah seterusnya sampai la hujung bulan

ADVERTISEMENT
  • 30 hb – RM30
  • 31 hb – RM31

Untuk lebih mudah dan keep on track buat jadual macam ini. Tick setiap hari.

Ini contoh jadual menabung yaa. Untuk setahun. Jadi boleh tick hari-hari. Ikut hari tu. Berapa hari bulan, ikutlah nilai hari tersebut. RM1, RM2, RM3, RM4, RM5 dan seterusnya.

Contoh januari, tick sampai bawah, lagi best hari-hari buat manatau terlupa sudah masuk tabung atau belum. Jadi better kita main tick-tick yaa.. Di hujung tu boleh total per month. January berapa total dan seterusnya laa. Dibawah sekali nanti hujung tahun baru total semua sekali per month tu

Dan ulang benda yang sama untuk bulan bulan seterusnya. Yang penting ikut tarikh Hari Bulan yaa! Jadi kalau genap 12 bulan= setahun, kita akan dapat total RM5767.00

Total Setahun

Ini cara paling best yang semua orang boleh buat tau!

Cara ni sangat berkesan pada orang yg boros berbelanja. Anaa terpaksa skip bulan March, April dan May tahun ni sebab masa tu PKP dan lepas total ada la juga dapat RM4310.00

Total setahun. Tahun ni terpaksa skip March, April & May sebab PKP.

Sebab Anaa jenis suka barangan dapur, (nota buat bakal suami = dulang hantaran nanti bagi set barang dapur ok. Haha) jadi terbeli laa set set kuali ni haaa! Ibu ibu ja tahu ni berapa harganya.

Dapatlah reward diri dengan set set kuali harga kayangan ni, Sebelum ni dapat cuci mata ja. Alhamdulillah tercapai juga hajat akhirnya

Lagi satu alasan anaa, for future nanti lepas berumah tangga senang sikit ada sudah barang dapur sendiri.
Boleh pakai cara ni bagi

1. Abang kakak yang mahu deposit kereta atau beli barang kesukaan diri
2. Bujangan yang mahu kawin (boleh tambah untuk majlis atau wang hantaran)
3. Ibu ibu yang mahu lengkapkan barangan dapur, rumah dan sebagainya.
4. Ayah ayah yang mahu ubahsuai rumah, keperluan keluarga dan lain-lain

Ini tabung untuk reward diri saja tau! So pakai la untuk apa yg dihajati  yang paling penting sekali, bulan-bulan jangan lupa bagi mak ayah duit belanja. Jangan lupa bersedekah dengan adik beradik dan keluarga.

Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur dengan segala rezeki yang Tuhan bagi walaupun sekecil kecil nilainya.

Semoga kalian berjaya menyimpan untuk tahun 2022 ni..
Jom menabung!

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber/Foto : Anaa Sofianaa

ADVERTISEMENT

Related articles