Cara Masak Tempoyak Ikan Patin Original Dari Pahang. Hanya Guna 4 Bahan Sahaja!

Hidangan atau masakkan berasaskan tempoyak cukup banyak. Antara yang terpopular dan semua orang tahu adalah tempoyak ikan patin  yang semestinya disukai ramai. Aroma dan rasanya yang tersendiri menjadikan ia hidangan yang lain daripada mana-mana masakan.

Resepi dan cara masakkannya juga cukup ringkas dan mudah. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Ieda Ida. Menurutnya cara masak original dari Pahang tidak menggunakan banyak bahan. Hanya 4 bahan utama sahaja tidak termasuk ikan yang digunakan untuk masak ikan patin tempoyak.

Apakah bahan itu? Mari ikuti perkongsian di bawah ini.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Asam Pedas Melaka Asli. Ini ‘Rahsia’ Buat Kuah Pekat, Sedap & Padu

TEMPOYAK IKAN PATIN – CARA MASAK ORIGINAL DARI PAHANG

Menu tengahari ni. Tempoyak ikan patin. Cara masak original ni dari pahang

  • X letak bawang
  • X letak serai
  • X letak bunga kantan
  • X letak bawang putih

Selain ikan patin. Bahan utamanya hanyalah 4 bahan sahaja iaitu

ADVERTISEMENT
  • Tempoyak
  • Cili
  • Kunyit
  • Daun Kesum

NOTA :

Untuk resepi ni boleh masukkan ikan yang bersesuaian selain ikan pati seperti ikan Talapia, Kembung, Kerisi, Tenggiri. Ayam dan tulang pun boleh ye. Jom memasak.

CARA MEMASAK :

1. Tumbuk cili ngan kunyit ikut pedas memasing.

ADVERTISEMENT

2. Sediakan satu bekas untuk memasak. Masukkan ikan, daun kesum, tempoyak(ikut kepekatan yang korang suka), timun tua nak letak boleh tak nak letak pun boleh. Ikut selera masing-masing

3. Kemudiam masukkan cili dan kunyit yang telah tumbuk lumat diawal tadi.

4. Masukkan air, masak hingga mendidih. Perasakan bagi secukup rasa. Siap!

Sumber/Foto : Ieda Ida

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles