Rendang daging Minang antara hidangan yang popular dari Padang, Indonesia.
Sebenarnya nak masak rendang daging Minang ni tak lah susah mana, mudah sahaja sebenarnya. Tak perlu renyah dengan bahan-bahan yang banyak.
Ini yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Ayu Susanti yang memuat naik resepi sajian itu berkata, rendang berkenaan dipelajari daripada ibunya.
Menariknya, hidangan ini tidak menggunakan minyak dan tidak perlu ditumis. Jadi, memang mudah sangat nak buat.
Baik, tak mahu berlengah lagi, berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya.
BACA JUGA : Tukang Masak Thai Ni Kongsi Cara Mudah Lembutkan Daging. Memang Menjadi!
RENDANG DAGING ORI MINANG
Rendang Daging Minang ori from Padang Indonesia. Mama pure minang tapi dah lama menetap kat Malaysia. Setiap kali Mama buat rendang memang kitorg adik beradik tak sabar-sabar nak makan.
Kalau time raya belum tengahari rendang Mama akan habis licin dek anak beranak dengan menantu-menantu.
Walaupon anak-anak semua lahir Malaysia, semua membesar makan makanan minang. Dekat bawah saya sediakan resepi asli dari Mama saya. Doakan Mama saya sentiasa sihat walafiat.. Aamiin
BAHAN KISAR :
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili kering pedas
- Halia
- Lengkuas
BAHAN LAIN :
- Daun kunyit
- Serai
- Daun limau purut
- Daun salam
- Santan
- Daging
CARA MEMASAK :
- Panaskan kuali masukkan daging serta semua bahan-bahan A dan B.
- Tak perlu minyak dan tak perlu menumis.
- Bila mengelegak, baru masukkan santan, garam dan ajinamoto.
- Untuk 1kg daging perlu 1kg santan. Kami orang minang masak rendang tak pernah gunakan kerisik.
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Ayu Susanti