Cara Masak Pajeri Terung Kuah Pekat & Sedap. Pasti Menyelerakan

Nampak menyelerakan betul pajeri terung perkongsian Khas Fena ni. Lauk yang ringkas namun sangat sedap dan padanannya ringkas sahaja. Cukup nasi panas dan ikan gelama masam. Memang cukup menyelerakan. Untuk anak-anak boleh dinikmati bersama telur dadar dan ikan/ayam goreng. Pasti bertambah nasi, paling tidak licin pinggan dibuatnya. Kuahnya yang pekat likat dan rasanya yang sedap sehingga  ke menjilat jari.

Jom ikuti perkongsian ini di bawah.

ARTIKEL BERKAITAN : Terung Bakar Asam Lemak Sajian Pelengkap Selera. Rosak Diet Beb!

RESEPI PAJERI TERUNG

Siap masak pajeri terung untuk lunch. Masak awal sikit supaya kuah tu dengan terung beramah mesra.  Korang kalau makan pajeri terung ni kawankan dengan apa selalunya? Kalau ada gelama masam sedap jugak kan.

BAHAN-BAHAN :

  • 4 biji terung panjang, setiap satu tu belah dua, lepastu belah tengah jangan sampai putus.
  • Bancuhan kari paste:
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 sdm serbuk kari daging/ayam

Tumbuk bahan (*) lepastu campurkan dengan serbuk kari, letak air sikit jadikan bancuhan.

BAHAN-BAHAN TUMIS :

  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 2 ulas bawang merah dihiris
  • 1 inci halia dipotong mancis
  • Daun kari
  • 4 sekawan
  • 1 sdm udang kering ditumbuk halus

BAHAN-BAHAN LAIN :

  • 1 sdm kerisik
  • Air asam jawa
  • 2,3 sdm santan kotak@ suku cawan santan fresh pekat
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 1/2 sdm gula pasir
  • 1 sdt garam

CARA-CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak lebih kurang setengah cawan

2. Tumis bahan tumis sampai garing

3. Masukkan bancuhan kari paste dan kacau sampai garing & pecah minyak

4. Masukkan terung, air sikit, masak sampai terung agak lembut

5. Masukkan gula melaka@gula merah, air asam jawa sikit je jangan sampai masam (lebih kurang 2sdm air asam yang cair)

6. Masuk garam, kerisik, santan.

7. Biarkan api kecil sampai terung cukup masak, siap!

*Pastikan pajeri ni manis sikit baru sedap, kalau tak dia rasa macam kari biasa je. Tapi jangan sampai manis leting pulak.

*Udang kering buatkan pajeri lagi sedap, tapi kalau tak ada pun takpe

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Khas Fena

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles