Cara Masak Nasi Impit Yang Sedap, Pejal Dan Lambat Basi.

Umum mengetahui nasi impit ada banyak cara nak hasilkan. Paling mudah, masak nasi impit segera yang ada dijual di pasaran.

Tapi kalau nak rasa nasi impit yang lebih asli, apa kata anda cuba buat nasi impit macam mak-mak kita buat dulu. Tak perlu rebus dalam plastik pun. Hasilnya memang sedap dan lembut. Malah masak macam ni nasi impit juga lambat basi.

NASI IMPIT HOMEMADE MACAM MAK-MAK KITA BUAT DULU-DULU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan beras biasa
  • 10 cawan air
  • 2 sudu teh garam
  • Daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras dan masukkan air, garam dan daun pandan ke dalam periuk untuk dimasak.

2. Setelah nasi mula kering, kacau sentiasa sambil dilenyek supaya nasi hancur.

3. Guna api perlahan dan bila nasi kelihatan hampir kering, terus kacau lagi.

4. Kacau nasi setiap 10 minit sehinggalah nasi betul-betul kering. Masak nasi impit cara ni kena dikacau banyak kali supaya nasi impit yang terhasil akan menjadi cantik dan lembut.

5. Setelah siap, padamkan api.

6. Teruskan melenyek nasi menggunakan sudip atau belakang botol yang bersih sehingga nasi betul-betul hancur dan lembut. Lakukan berkali-kali.

7. Masukkan nasi ke dalam bekas atau loyang dan ratakan.

8. Ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.

9. Tekan-tekan nasi supaya mampat dengan menggunakan plastik yang disapu minyak tadi.

10. Biarkan nasi impit betul-betul sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong. Lebih bagus jika dibiarkan semalaman.

TIPS TAMBAHAN :

Jika nak nasi impit betul-betul mampat, tindih nasi impit dengan benda berat seperti lesung batu supaya nasi impit mampat elok.

RESEPI KUAH NASI IMPIT

BAHAN-BAHAN :

  • Kacang tanah (goreng+blend)
  • Bawang merah+cili kering+lengkuas+jintan halus + ketumbar (blend halus)
  • Serai (diketuk)
  • Santan pekat+cair
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA :

1. Tumis kesemua bahan yang diblend td kecuali (kacang tanah) dgn serai hingga garing dan pecah minyak.

2. Kemudian masukkan santan cair dan kacang tanah biarkan mendidih sekejap.

3. Masukkan santan pekat gula garam dan air asam jawa kemudian seimbangkan rasa masam masin manis dan pedasnya.

Sumber/Foto : Faridah Deris via Rencah Rasa

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles