Cara Masak Maggi Goreng Malas Tanpa Perencah, Simple Je Tapi Padu!

Bila terasa lapar khususnya pada waktu malam, hidangan ringkas dan cepatlah yang menjadi pilihan. Jadi anda boleh cuba masak Maggi Goreng Malas tanpa menggunakan perencah ini.

Hidangan yang pantas yang boleh anda sediakan. Malam-malam memang malas sikit nak masak yang renyah.

Mari ikuti perkongsian di bawah ini.

BACA JUGA : Cara Buat Maggi Chili Oil, Maggi Level Up Viral Yang Sedap. 2 Minit Siap!

RESEPI MAGGI GORENG MALAS TANPA PERENCAH

Meggi goreng malas tanpa perencah. Masak malam ni onz tak?

BAHAN-BAHAN :

  • Bawang sebiji
  • Cili 3 biji
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • Meggi 3 keping
  • Sos cili
  • Kicap
  • Telur
  • Sayur pilihan
  • Garam

CARA MEMASAK:

1. Tumis bawang dan cili.

2. Masukkan sayur yang jenis keras terlebih dahulu.

3. Masukkan air segelas, sos cili, kicap dan sebiji telur.

4. Masukkan sawi dan kacau supaya maggi masak sekata.

maggi goreng malas

5. Kacau dan masukkan sebiji telur lagi. Tambahkan garam, kicap dan sos cili secukup rasa.

6. Bila air dah kering dan secukup rasa, dah boleh hidang dan makan.

maggi goreng malas

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Nohafizul Noor

Related articles