Cara Masak Ikan Siakap Tomyam Macam Restoran Thai. Padu Habis, Nak Masak Pun Senang!

Kebiasaan ikan siakap dimasak 3 rasa ataupun stim. Dua menu hidangan siakap ini antara yang biasa menjadi hidangan untuk dimasak. Jika inginkan kelainan anda boleh mencuba respi siakap tomyam resepi perkongisan Noor Hafiza Mohamad ini.

Bukan sahaja menarik bahkan ia sangat sedap. Macam mana rasanya itu, mari kita ikuti perkongsian beliau dibawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Ori Sambal Belacan Tomyam Padu, Perkongsian Dari Isteri Tokey Kedai Tomyam!

ADVERTISEMENT

SIAKAP TOM YAM PADU HABIS MACAM RESTORAN THAI

Incik suami kata, “Malam ni awak cukup ikhlas masak sebab sedap sangat. Macam kat kedai lah.”

Sebenarnya dia rindu nak makan yang kita masak. Dah 3 hari dapur tak berasap. Kita pulak sibuk, penat nak masuk dapur. Dah masak kena kemas pulak. Kan kan. Sebab itu kena masak jarang-jarang, baru dia rindu air tangan kita. Kah kah

Puas hati masak 1 menu malam ni tapi ada semua protein dan vitamin. Tambah pula cukup rasa masam manis dan pedas. Dah ada sambal mangga, tak jadi nak buat telur dadar. Banyak lauk nanti tak habis pulak.

Kalau korang nak try tom yam ikan ni, boleh ikut cara dibawah ni.

ADVERTISEMENT

CARA-CARANYA :

Bahan utama: serai 4 batang hiris, separuh sumbat dalam ikan, lengkuas 1/2 inci hiris, bawang putih 4 ulas hiris, 1 akar ketumbar ketuk. Masukkan air dan didihkan.

ADVERTISEMENT

Masukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau-kacau. Tutup periuk dalam 5 minit.

Gunakan pes jenama ni. Paduuu. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau takda pon ok jer. Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Sis guna gula perang / nisan. Barulah ori Thai

Dah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili)

Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.

Siap dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayurnya.

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Noor Hafiza Mohamad

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles