Bagi yang gemar makan ikan air tawar seperti ikan keli, patin dan seangkatan dengannya pasti mahu menikmati hidangan ini tanpa ada hanyir dan bau ketika masak dan makan.
Difahamkan bahawa di dalam perut ikan-ikan seperti ini ada objek utama yang menjadi punya hanyir seekor ikan itu jika tidak dibuang. Buatlah macam mana pun, jika tidak buang bendalah ini, ia tetap hanyir, percayalah.
CARA MEMBERSIHKAN IKAN KELI SUPAYA TIDAK BERBAU HANYIR
Menerusi perkongsian oleh saudara Arbi Mohd Arbi ini ada beliau kongsikan cara dan tip untuk menyiang dan membersihkan ikan ini supaya tidak berbau dan enak apabila dimasak. Mari kita ikuti perkongsian dibawah.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Betul Simpan Ikan, Tahan Segar Lebih Lama Macam Baru Beli
1. BUANG URAT PUTIH
Ini adalah ikan keli yang telah dipotong & dibuang isi perutnya.
Namun ada bahagian yang perlu dibersihkan secara menyeluruh. Paling penting kawasan insang dan darah di bawah tulang dalam perut.
Jika diamati, ada jalur jalur urat putih selepas kita membersihkan darah beku tersebut. Tarik ianya keluar dan bersihkan.
2. KELENJAR TEPI SENGAT
Kelenjar yang terletak di sebelah sengat juga penyumbang bau hanyir pada keli. Hanya picit keluar kedua-duanya di bahagian kiri dan kanan. Bersihkan hingga puas hati.
3. RENDAM IKAN
Untuk mengalihkan bau hanyir, ikan keli perlu direndam dengan buah-buah citrus seperti limau, lemon, belimbing buluh, asam gelugur dan asam jawa.
Ada juga yang bertanya, boleh guna tepung gandum?
Untuk makluman, penggunaan tepung bukan untuk menghilangkan hanyir tetapi untuk membuang lender pada ikan.
Caranya mudah sahaja, rendam ikan tersebut lebih kurang 10 minit sebelum dibilas bersih. Sekarang ikan keli sudah siap untuk dimasak.
Selamat mencuba dan semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber/Foto : Arbi Mohd Arbi
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk tips dan artikel-artikel menarik
Viral Malaysiaku