Cara Goreng Ikan Style Orang Dulu-Dulu, Sedap Dia Memang Lain Macam

Ikan goreng merupakan menu utama rakyat malaysia yang mana ikan goreng antara menu wajib di setiap rumah mahupun kedai makan.

Menu simple yang sedap dimakan bersama nasi putih panas. Namun namun tidak ramai dalam kalangan kita yang mampu untuk menggoreng ikan seperti apa yang dimasak oleh orang dulu-dulu.

Masyarakat sekarang lebih suka menggoreng ikan dengan melumurkan kunyit dan garam sahaja, berbeza dengan orang dulu-dulu yang teknik dan bahan berbeza yang membuatkan ika goreng menjadi jauh lebih sedap.

Zaman sekarang dah jarang jumpa orang goreng ikan macam orang dulu-dulu. Sedap dia memang lain macam, bukan biasa-biasa! Nak tahu macam mana caranya? Mari ikuti tips dan perkongsian oleh Ummi Hana ini.

CARA GORENG IKAN STAIL ORANG DULU-DULU

Masak-masak ni senang je… nok makang sedak kena rajeng… Ke guane sekmung..

Ikan goreng stail dulu-dulu…nasi panas-panas ade sambal belacan, budu, ulam-ulam, petai skit pun dah cukup nikmat… Alhamdulillah….

Cara Goreng Ikan Style Orang Dulu-Dulu

BAHAN-BAHAN :

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bwg putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 3 suda besar garam halus
  • Belacan skit (optional)

Cara Goreng Ikan Style Orang Dulu-Dulu

CARA PENYEDIAAN :

  • Tumbuk garam halus, belacan dengan kunyit hidup hingga lumat lepas tu tumbuk bawang merah dan bawang putih tak lumat sangat pun takpe
  • Masukkan cili kisar dan gaul sebati lepas tu masukkan dalam bekas bertutup nak guna boleh ambik sikit-sikit.
  • Lumur ikan dan perap kejap lepas tu baru goreng
  • Minyak goreng ikan sedap buat goreng sayur @ buat nasi goreng ikan

Cara Goreng Ikan Style Orang Dulu-Dulu

SEDAP WALAUPUN HANYA GORENG, BERTAMBAH NASI LAUK

SERIUS MEMANG SEDAP GORENG MACAM NI

AYAM ATAU DAGING PUN BOLEH, SEDAP

WOW! TAK PERNAH TAHU

Memang stail orang dulu-dulu, ikan goreng pun ada resepinya, ada bahannya. Selamat mencuba

Sedapp, ikan cencaru a.k.a ikan jeket pun sedap buat cenggini… dah tu jangan goreng garing-garing sangat

Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat.

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Ummi Hana via My Resepi, Rencah Rasa

Related articles