Cara Goreng Ayam Rangup Tanpa Minyak Menggunakan Air Fryer. Memang Menjadi!

Selain menggunakan minyak untuk menggoreng ayam, anda juga boleh menggorang ayam menggunakan air fryer. Menarik perkongsian Tsu Feh Sufiah ini, beliau berkongsi cara goreng ayam menggunakan fryer tanpa setitik minyak pun. Hasilnya ayam tetap garing dan sedap.

Jika anda mempunya air fryer didapur dan ingin menggoreng ayam tanpa menggunakan minyak, anda boleh ikuti cara yang dikongsikan oleh Tsu Feh Sufiah. Pasti menjadi

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Cencaru Sumbat Sambal Guna Air Fryer. Senang, Kalau Goreng Minyak Jadi Kotor

CARA BUAT AYAM Rangup GUNA AIR FRYER

Ayam goreng tak guna minyak tetap garing. Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer. Akhirnya, misi berjaya! Ayam goreng sedap dan rangup.

Tengah hari tadi goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Korang try la buat. Serius, tak payah masuk setitik minyak pun.

CARANYA SENANG SAHAJA:

1. Basuh bersih ayam.

2. Lumurkan ayam dengan:

  • bawang putih (tumbuk lumat)
  • sedikit halia (tumbuk lumat)
  • sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
  • sedikit kunyit serbuk
  • garam

3. Gaul sebati dan masukkan dalam bakul air fryer.

  • suhu 180 darjah
  • masa 15 mini

Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.

5. Siap dan boleh dihidangkan.

Lebih jimat masa dan juga minyak masak. Sekali sekala cuba cara ni apa salahnya. Rasanya tetap sama seperti goreng menggunakan minyak masak.

Sumber/Foto : Tsu Feh Sufiah via MyResipi

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles