Cara-Cara Berdoa Dengan Betul, Jangan Berdoa Sambil Lewa

Doa merupakan permohonan yang dipanjatkan daripada seseorang yang rendah, kepada yang lebih tinggi martabatnya. Dalam Islam doa hanya dipohon kepada Allah سُـبْـحَـانَ ٱلله , kerana Dialah Yang Maha Agung. Doa merupakan jalinan yang hebat menghubungkan hamba dengan Tuhannya. Itulah tanda pengabdian diri yang mutlak dan pengiktirafan hamba. Firman Allah سُـبْـحَـانَ ٱلله di dalam surah al-Fatihah ayat ke-5 :

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Maksudnya : Hanya kepada Engkau yang kami abdikan diri, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.

Antara adab berdoa yang perlu dijaga untuk mendapat doa yang makbul diajarkan oleh Ustaz Ahmad Dasuki ialah :

(Untuk details pembaca boleh tonton video diatas)

#1 – Berdoa dengan penuh keikhlasan kepada Allah سُـبْـحَـانَ ٱلله

#2 – Memulakan Doa Dengan Pujian kepada Allah سُـبْـحَـانَ ٱلله , diikuti dengan selawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم

  • Sekurang-kurang kalimah pujian kepada Allah سُـبْـحَـانَ ٱلله adalah :

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

  • Sekurang-kurang selawat pula ialah dengan mengucapkan:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ

#4 – Barulah kita mula sebut hajat. Hajat yang kita nak, hajat itu apa dia. Hajat itu jangan khusus, hajat tu dalam bentuk umum bila kita berdoa

#5 – Bila kita berdoa, kita berdoa dengan apa yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم doa. Rasulullah doa apa dia. Bannyakkan Rasulullah baca doa. Jadi ustaz harap supaya kamu ini cari doa doa Rasulullah. Banyakkan doa Rasulullah. Jangan kita baca doa sama sahaja. 

#6 – Bila kita berdoa ni, kita kena menutup doa dengan penutup yang baik.

#7 – Seterusnya bila kita berdoa, Alim Ulama ajar kita.. Jangan lah letak tangan dibawah. Belajarlah angkat tangan. Jangan letak tangan atas pe’ha. 

Bila kita berdoa, angkat tangan, biar betul-betul kita minta dengan Allah. Itulah cara yang diajar dalam hidup kita dengan penuh dengan keadaan kita harap betul-betul harap sungguh Allah mustajabkan doa kita.

Diantara Waktu Yang Mustajab Doa

Nabi صلى الله عليه وسلم pernah ditanya tentang waktu mustjab doa :

Ditanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم , “Doa manakah yang didengari (Allah)?” Sabda Baginda : “Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.”  (Riwayat al-Nasa’i dengan sanad yang sahih)

Jangan tertinggal untuk berdoa selepas selesai daripada solat. Jangan cepat sangat nak bingkas (bangun), duduk kerana para Malaikat juga akan berdoa lepas daripada kita bagui salam selepas solat. Malaikat akan berdoa untuk untuk kita selagimana papan pung-gung kita tak bergerak.

Ini kita kena ingat.. malaikat akan baca doa.. “Ya Allah, rahmatilah orang ini… Ya Allah ampunkan do’sa orang ini.. Ya Allah… “.. sampai bila? Bila papan pung-gung kita dah bergerak maka tiada lagi doa malaikat.

Sebab itu, lepas daripada solat, jangan bergerak mana-mana. waktu tu waktu yang kita mustajab doa. Allah jadikan masa yang terbaik untuk kita. Jadi, ambilah peluang, lepas solat zikir, wirid, berdoa. Allah suka pada orang yang berdoa.

والله أعلم

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
video : Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani

 

 

Related articles