Cara Buat Waffle Yang Lembut Walaupun Dah Berjam Di Luar, Guna 3 Bahan Sahaja!

Waffle antara snek paling senang dan cepat untuk disediakan buat keluarga. Lagi puas hati bila buat sendiri sebab boleh letak inti yang disukai, letak banyak-banyak pun takpe!

Bukan hanya sesuai untuk sarapan pagi, waffle juga boleh dibuat untuk minum petang. Tentunya waffle yang rangup dan tidak lembik menjadi pilihan.

Dengan hanya menggunakan 3 bahan anda dapat hasilkan waffle yang sedap dan tahan lama tidak lembik. Masih lembut walaupun sudah berjam-jam di luar. Apa yang perlu anda lakukan hanya ikut resipi yang dikongsi oleh Ana Syafi ini. Confrim menjadi!

Jom ikuti perkongsian resepi ini di bawah.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Hotdog Kukus Bolognaise, Lebih Sihat & Sedap. Habis Licin Dimakan Anak-Anak

RESEPI WAFFLE 3 BAHAN

Sarapan untuk anak. Bancuh siap-siap & simpan dalam peti ais. Esok pagi tinggal tuang je. Guna resepi youtube Jamie Oliver.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepung kek bluekey
  • 1 cawan susu full cream milk
  • 1 biji telur
  • secubit garam

CARA-CARA PENYEDIAAN:

saya asingkan telur kuning masuk ke dalam tepung & telur putih masuk dalam mangkuk kecil, pukul sampai jadi tanduk/stiff (saja ajak anak buat aktiviti sikit, hilangkan boring sikit).

waffle ni lembut je walaupun dah lama kat luar… drive dalam kereta berjam-jam pun still lembut.

Bancuh siap-siap dan simpan dalam peti ais. Esok pagi tinggal tuang je. Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Ana Syafi

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles