Waffle antara hidangan ringkas yang mudah, cepat da sedap untuk disediakan. Bila buat sendiri sebab boleh letak inti yang disukai, letak banyak-banyak pun takpe!
Siap sahaja boleh terus ngap, makan panas-panas memang sedap.
Resepi olahan Nor Asiah memang menarik kerana menurut beliau telah cuba pelbagai resepi, dan resepi ini yang paling sedap. Jika anda nak cuba boleh ikuti perkongsian di bawah ini.
BACA JUGA : Cara Buat Instant Tuna Puff, Hanya Guna 3 Bahan Sahaja. Mudah, Cepat Siap & Gebu Hasilnya!
RESEPI WAFFLE LEMBUT, SEDAP DAN GARING
BAHAN-BAHAN :
- 3 cawan tepung gandum
- 2 ½ cawan air @ 1 cawan susu & 1 ½ cawan air full cream
- 3/4 cawan minyak masak/butter cair
- 2 biji telur
- Sedikit esen vanilla
- 2 sudu makan susu tepung
- 3 sudu gula kastor
- ½ sudu teh garam
- 1 sudu makan baking powder
- 1/4 sudu teh baking soda
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Masuk dan satukan kesemua bahan dalam mangkuk. Pukul adunan sehingga sebati.
2. Kemudian, biarkan/rehatkan adunan selama 10-15 minit.
3. Selepas itu, boleh tuangkan adunan secukupnya dalam mesin waffle.
4. Letak inti pilihan anda, saya guna jem strawberry, peanut butte, Nutella dan butter
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Nor Asiah