Cara Buat Tempe Homemade Paling Mudah, Hanya Perlukan 3 Bahan Sahaja.

Tempe antara makanan yang tidak asing dalam kalangan kita. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang diragikan. Makanan ini sangat popular di Malaysia, terutamanya dalam masakan orang Jawa.

Sebenarnya membuat tempe ini mudah sahaja. Anda hanya perlukan 3 bahan sahaja untuk membuatnya. Mungkin ada sendiri tidak sangka akan buat sendiri makanan kesukaan anda ini. Memang seronok.

Ini apa yang dikongsikan oleh Hidayah Mohktar yang tidak menyangka buat sendiri tempe makanan kesukaanya. Mari ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Kena Rendam Dulu, Baru Tempe Jadi Garing Di Luar & Lembut Di Dalam

CARA BUAT TEMPE HOMEMADE GUNA 3 BAHAN :

Menu simple je. Tapi rasa seronok sebab buat tempe sendiri. Tak pernah sangka nak buat sendiri makanan fav ni.

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN :

  • 1 kilogram kacang soya
  • 2 gram ragi tempe
  • 8 keping beg plastik sandwich

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Rendam kacang soya semalam. Setelah kembang, pecah-pecahkan kacang soya supaya kulitnya tanggal. Basuh sehingga bersih sambil cuba tapiskan kulitnya sebanyak yang mungkin.

2. Rebus selama 45minit ke 1 jam. Sambil tu cuba buangkan kulit kacang yang timbul, tapi jangan gusar kalu masih ada yang tinggal

3. Tos kacang soya dan keringkan. Samada biarkan kering sendiri atau goreng seketika atau menggunakan kipas angin.

4. Campurkan kacang yang sudah kering dengan ragi tempe.

5. Bungkus menggunakan plastik sandwich yang dicucuk 1-2cm secara tegak dan melintang. Ketebalan bergantung kepada citarasa masing-masing. Boleh guna daun pisang atau daun rambai untuk rasa yang lebih enak.

6. Tekan-tekan dan mampat-mampatkan kacang didalam plastik sehingga rata.

7. Letak di tempat yang panas- letak saja di dapur dan tutup dengan kain, selama 36-48jam. Anda akan lihat kulat putih memenuhi kacang anda.

Tahniah, anda telah berjaya membuat tempe anda sendiri.

TIPS :

Ragi tak boleh banyak. Kat pack ragi ada sukatan. Atau bahasa mudah, ragi tempe ni ibarat kita letak garam dalam masakan. Kalau terlebih, tempe kita tak menjadi. Pastikan kering air kat kacang soya baru gaul ragi.

Sumber/Foto : Hidayah Mohktar

Related articles