Cara Buat Telur Air Asam, Lauk Simple Tapi Sedap. Telur Pula Masak Cara Ni Lagi Ngam Rasanya!

Banyak masakan atau hidangan yang simple yang selalu buatkan kita berselera dan terkadang boleh buatkan kita menambah nasi. Antaranya telur air asam ini.

Lauk telur air asam ni kalau makan dengan nasi panas-panas memang syok rasanya. Rasa dia lemak-lemak telur tu. Ada masam, masin, pedas dan paling penting rasa nak tambah nasi sepinggan lagi.

Nak buatnya mudah sahaja, resepi dan caranya ada dikongsikan oleh Norul Haisyu ini. Siap ada tips nak masak telur bagi cantik dan perfect lagi.

Jom ikuti perkongisan di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Tip Buat Air Asam Sedap Menyengat. Tambah 2 Bahan Ni & Gaul, Baru Terangkat!

RESIPI TELUR AIR ASAM

Rebus telur 7 mnit. Buat air asam 10 mnit. Makan jangan tanye la berapa minit sebab 2x tambah nasi.

RESIPI TELUR

Basuh telur bersih-bersih masukkan dalam periuk. Jangan besar sangat biar ngam-ngam dengan telur lagi baik. Air sama paras dengan telur. Letak atas dapur. Buka api painlg besar. Ingat PALING BESAR.. kaluu tak memang tak jadi. Set time 7 minit. Jangan lebih jangan tak cukup 7 minit nanti baru cntik macam nih.

BAHAN-BAHAN AIR ASAM

  • Cili api
  • Bawang besar
  • Tomato

3 bahan diatas nak hiris ke cincang ke ikut suka.

  • Asam jawa
  • Garam cukup rasa
  • Aji cukup rasa
  • Air suam

CARA-CARANYA :

1. Satukan kesemua bahan-bahan air asam, gaul/kacau sebati dan pastikan cukup rasa. Siap part air asam, ketepikan.

2. Kupas telur bawah air paip sebab nak bagi telur tu elok licin tak koyak-koyak.

3. Toskan & potong letak dalam mangkuk. Masukkan cili tomato dan bawang.

4. Tuang air asam.. Jangan makan terus.. Korang rilek-relik dulu. Biarkan 15 minit baru boleh makan. Sebab nak bagi kuah air asam meresap dan sebati dengan telur.

5. Siap, boleh la hidangankan dan makan.

Rasa dia lemak-lemak telur tu. Ada masam, masin, pedas dan paling penting rasa nak tambah nasi sepinggan lagi

Nak Share? Dipersilakan. Selamat mencuba guy!

Sumber/Foto : Norul Haisyu

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles