Cara Buat Teh Tarik Periuk Yang Sedap, Berlemak & Manis Cukup Rasa

Teh Tarik adalah salah satu minuman kegemaran semua orang. Hidangan ringkas ini sangat mudah, namun nak menyediakan segelas teh tarik yang sedap dan kaw ada tekniknya juga.

Bila betul cara penyediaanya barulah teh tarik terasa sedap, rasa manis dan lemaknya. Tak perlu dah nak ke mamak semata-mata nak minum segelas teh tarik atau ikat tepi.

Jom kita cuba buat teh tarik dalam periuk viral ni. Menurut perkongsian Chek Kuna Ahmad ini, beliau pun terjebak dangannya. Memang sedap sangat dan mabeles katanya.

Mari ikuti perkongisan resepi di bawah ini.

BACA JUGA : Teh Tarik Dah Biasa, Boleh Cuba Teh Pakistan Pulak. Kaww, Wangi Lemak, & Manis-Manis Buah.

RESEPI TEH TARIK PERIUK

Terjebak juga dengan viral air teh tarik dalam periuk. Memang sedap sangat, mabeles. Dah tak payah pergi kedai mamak nak minum teh tarik. Buat sendiri lagi sedap. Terjamin bersih. Siapa setuju?

teh tarik periuk

BAHAN-BAHAN :

  • 5/6 uncang teh.
  • Air
  • Susu cair
  • Susu pekat
  • Garam secubit.

CARA-CARA :

1. Sediakan periuk, masukkan air dan m uncang teh.
2. Biarkan menggelegak dan warna teh jadi gelap. Baru masukkan susu cair, susu pekat dan garam secubit. (Takde sukatan susu. Ikut rasa masing-masing, nak manis ke nak kurang manis).
3. Masak sampai mendidih.

4. Siap.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Chek Kuna Ahmad

Related articles