Cara Buat Sup Bunjut Uncang Homemade. Lagi Bersih, Lagi Sedap & Power Daripada Perencah Sup Serbuk!

Ibu-ibu pastinya tahu akan kegunaan sup bunjut. Sup bunjut antara bahan wajib yang biasanya digunakan untuk masak hidangan sup yang sedap dan enak khususnya sup daging.

Sebenarnya ibu-ibu boleh buat sendiri sup bunjut dirumah. Hanya perlukan beberapa bahan sahaja, tinggal satukan dan bungkus sahaja. Boleh buat banyak ikut keperluan, bila nak guna tinggal ambil sahaja.

Mari ikuti perkongisan oleh Delihayat Kitchen di bawah ini.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Rahsia Sup Tulang Lagi Sedap, Kena Tumis Batang Saderi & Lobak Merah Yang Dikisar

CARA PENYEDIAAN CAMPURAN SUP BUNJUT

BAHAN A (untuk 1 bunjut):

  • 1 keping kulit kayu manis – pecahkan jadi kecil, ambil sedikit sahaja.
  • 1 kuntum bunga lawang – ceraikan
  • 3 kuntum bunga cengkih

BAHAN B (dipecah-pecahkan):

  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 3 biji buah pelaga – pecahkan
  • Secubit biji sawi
  • Secubit biji kas-kas – jika tiada, boleh abaikan

CARA MEMBUAT:

1. Ambil bahan B dan pecah-pecahkan (tumbuk sedikit sahaja).

ADVERTISEMENT

2. Kemudian masukkan bahan A dan B ke dalam kain kasa (kain balut luka). Kain ini boleh dibeli di farmasi.

ADVERTISEMENT

3. Bentukkan uncang dan lilit menggunakan benang. Sedia untuk digunakan dalam masakan.

Boleh buat dalam jumlah yang banyak dan simpan uncang sup bunjut dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama. Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Delihayat Kitchen

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles