Selain nugget, sosej guna adalah hidangan fast food (makanan segera) yang digemari oleh semua orang termasuklah kakak. Terkadang ibu bapa yang risau tahap kebersihan dan kesihatan yang sosej yang dijual dipasaran kerana kebanyakkan sosej yang berada dipasaran selain mengandungi bahan pengawet ia juga mengandungi bahan perasa tambahan dan juga kandungan lemak yang tinggi.
Oleh itu, ibu-ibu sebenarnya boleh buat sendiri sosej dirumah. Ibu-ibu boleh ikuti resepi sosej versi sihat yang dikongsikan oleh Marlina Musafir ini. Kebersihan juga terjamin. Mari kita ikuti perkongsian dibawah
ARTIKEL BERKAITAN : Buat Sendiri Je Tauhu Telur Homemade. Dijamin Mudah, Sedap, Bersih & Halal
HOMEMADE SAUSAGES VERSI SIHAT
Homemade sausages versi sihat. Alang-alang dah buat kita bubuh sayur-sayuran kesukaan. Yang penting bersih, tiada bahan pengawet, tiada perasa tambahan. #markitchen
BAHAN-BAHAN :
- 500gram isi ayam
- 1 sudu teh garam
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 1/2 sudu teh lada sulah
- 1/2 sudu teh garlic powder
- 1/2 sudu teh blackpepper (option)
- 1 sudu chili flakes (kalau nak pedas. Kalau tak letak pun takpe)
- 1 gelas kecil air / stok ayam
- Sayur-sayuran ikut suka (Carrot, daun sup, mushroom)
- Cream cheese (option) tak letak pun takpe. Nak gantikan dengan cheese lain pun boleh.
- Tepung ubi (agak-agak je)
*** Bahan boleh tambah dan tukar ikut kreativiti masih masing.
CARA-CARA PENYEDIAAN :
1. Kisar semua bahan di atas (saya guna food processor).
2. Paipkan dalam plastik aiskrim (jika boleh guna plastik ‘sous vide’ atau yang tahan panas). Ikat ketat (tujuannya supaya air tak masuk semasa merebus).
3. Rebus sampai masak. Saya kukus saja lebih kurang 15-20 minit.
4. Dah siap kukus atau rebus boleh sejukkan dan buka plastik dan goreng. Nak frozen kan pun boleh.
5. Adunan ini boleh hasilkan dalam 15 batang sosej. Ikut saiz yang kita nak.
Selamat mencuba.
Sumber/Foto : Marlina Musafir
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku