Cara Buat Sos Cili Homemade Yang Sedap. Hanya RM5 Kosnya, Dapat 3 Botol!

Sos Cili antara penambah rasa dan penyedap makanan yang boleh dikatakan wajib ada disetiap rumah. Sama ada dibuat bahan masakan atau dijadikan pencicah hidangan seperti keropok, sosej, cucur dan sebagainya.

Namun boleh hampir semua dalam kalangan kita yang menggunakan sos cili belum pernah mencuba membuatnya sendiri dirumah. Dengan hanya bermodalkan dalam RM5 anda boleh dapat 3 botol sos cili.

Ini yang dilakukan oleh Haslindawati Omar dengan menyediakan sendiri sos cili untuk kegunaan masakan dan ahli keluarganya. Jimat bukan?

Mari ikuti perkongisan resepi beliau dibawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Tortilla Wrap Homemade. Hanya Guna 3 Bahan, Semestinya Sedap & Jimat!

RESIPI SOS CILI THAI HOMEMADE

Dengan modal RM5 dapat 3 botol sos cili thai homemade. Botol sos cili maggie saya recycle, basuh bersih, buang label dan simpan sos cili thai homemade. Jimat!

Disini saya sertakan resepi, mana tau kaum isteri nak jimat kos. Boleh buat stok sendiri.

BAHAN-BAHAN :

(dapat dalam 3 botol kecil)

  • 5 biji cili besar merah buang biji*
  • 4 biji cili padi merah tak yah buang biji*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1/3 cawan air*
  • Sedikit cuka makan
  • 1 hingga 1 1/2 cawan gula (ikut tahap kemanisan sendiri pada sos tu)
  • Secubit garam
  • 3 sd makan tepung jagung + sedikit air (bancuh)
  • 2 cawan air

Bahan bertanda * adalah bahan untuk dikisar. jgn hancur sangat .agak2

CARA-CARANYA :

1. Kisar 5 biji cili besar merah, 4 biji cili padi merah, 5 ulas bawang putih dan 1/3 cawan air. Jangan hancur sangat. Agak-agak

2. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama 2 cawan air.

3. Masak sehingga didih.

4. Setelah itu masukkan cuka ,gula dan garam. Kacau sebati sehingga larut sebati.

5. Masukkan bancuhan tepung jagung.

6. Kacau dan biarkan didih sampai sos berkilat.

7. Tutup api dan biarkan sehingga sejuk.

8. Dah sejuk barulah boleh masukkan kedalam botol dan simpan di dalam peti sejuk.

SIAP!

Sumber/Foto : Haslindawati Omar

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles