Menu sambal mempunyai pelbagai jenis dan cara memasak, antaranya sambal tomato ikan bilis goreng. Menariknya perkongsian resepin Tengku RosElyza Raja Muhammad sangat ringkas, mudah disediakan dan sedap. Sesuai dinikmati dengan nasi putih digandingkan pula dengan ulam-ulaman seperti petai memang terangkatla jawabnya.
Sambal tomato ikan bilis ini antara menu yang boleh anda cuba masak dan hidangkan kepada ahli kelurga. Mari ikuti perkongisan di bawah ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Sambal Nasi Lemak ‘Style’ Hitam Pekat, Boleh Cubit-Cubit & Rasanya Ya Ampunn Sedap!
RESEPI SAMBAL TOMATO IKAN BILIS GORENG
Sambal tomato ikan bilis goreng .. haaa terliurrr takk .. mabelesss, Mantoppp..ratah pun sedap, makan dengan pulut pun sedap, makan dengan lontong pun sedap.
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 mangkuk ikan bilis (mangkuk gulai)
- 1 inci belacan
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula (ikut selera nak sedap macam mana)
- 1 inci gula melaka
- Minyak masak
BAHAN DITUMBUK KASAR :
- 4 biji cili merah dipotong kasar
- 2 biji tomato dipotong 8
- 5 ulas bawang kecil
- 3 ulas bawang putih
CARA NAK MEMASAK :
1. Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan, kemudian goreng pula belacan. Angkat dan ketepikan juga.
2. Langkah seterusnya, goreng bahan yang ditumbuk kasar. Gaul rata sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ikan bilis dan belacan yang telah digoreng. Gaul sekejap
4. Masukkan pula gula melaka tadi, masak sampai hancur. Baru masukkan garam dan gula. Rasakan. Kalau kurang ummph tambah apa yang patut.
5. Taadaa dah siap
Boleh makan dengan nasi panas. Ada petai atau apa jenis ulam pun terangkat weiii. Selamat mencuba
Sumber/Foto : Tengku RosElyza Raja Muhammad
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku