Cara Buat Sambal Nasi Lemak ‘Style’ Hitam Pekat, Boleh Cubit-Cubit & Rasanya Ya Ampunn Sedap!

Sambal ada hidangan yang tidak asing lagi, ada pelbagai jenis bahkan versi sambal  yang boleh kita makan. Kehadiran sambal dapat menaikkan lagi rasa sesuatu hidangan. Bahkan sesuatu hidangan jadi sempurna dengan adanya sambal. Cuba makan nasi lemak tanpa sambal.. haru jadinya kan?

Ada sesetengah orang disuka sambal yang pekat dan boleh dicubit-cubit semasa makan. Resepi perkongisan Farhah Azman ini menarik perhatian ramai apabila beliau membuat perkongsian resepi sampai style hitam pekat.

Mari kita ikuti perkongsian resepi beliau dibawah ini

ARTIKEL BERKAITAN : Petua Masak Sambal Nasi Lemak Yang Sedap, Masa Kisar Bawang Letak Bahan Ini

RESEPI SAMBAL NASI LEMAH STYLE HITAM PEKAT

Suami suka sangat sambal nasi lemak macam ni. Tak cair, boleh cubit-cubit sambal bila makan.

Buat sambal ni tak pakai bawang putih, Tak pakai belacan, tapi rasa dia tu sampai suami mintak buat sambal ni untuk makan dengan lauk lain jugak, terutama kuah masak lemak

Ramai nak resepi, resepi saya ni biasa saja. Harap semua suka. Resepi ni Saya buat banyak, untuk saya simpan sekali.

BAHAN-BAHAN BLEND :

  • Lada kering 1 genggam
  • Lada besar merah 2 genggam
  • Bawang merah besar 3 biji, bawang kene banyak, manis Rasa bawang penting
  • Segenggam ikan bilis.
  • Bahan ni semua blend ok.

BAHAN PERASA :

  • Gula merah
  • Garam
  • Asam jawa
  • Ini semua bubuh secukupnya ya.

Ok.

CARA MEMASAK :

1. Dah blend, panaskan api, minyak banyak ye, pastu masuk bahan blend, kemudian terus masuk gula merah, ni rahsia nak warna sambal gelap. Kene masuk gula awalllll.

2. Kemudian biar pecah minyak, masukkan air, pastu biar pecah minyak lagi, masukkan air lagi, sekali asam jawa dan garam. 3 Kali pecah minyak ya.

3. Anggaran Masa masak 2-3 jam untuk jadikan sambal pekat. Saya biasa suka 3 jam keatas. Memang pekat elok macam ni.

4. Jangan lupa, masak api sederhana. Jangan bukak besarrr

5. Lupa nak bgtau. Tengah-tengah masak sambal tu, kalau nak tabur bilis lagi pun Bolehhh. Sedap sangat Tau!

Cubalah..

Sumber/Foto : Farhah Azman

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles