Cara Buat Sambal Ikan Bilis Rangup Krup Krup. Rasa Pedas, Masam Manis. Nikmat!

Sambal ikan bilis rangup/garing antara ‘lauk’ yang digemari semua orang. Hidangan ini popular sehingga dijual denga pelbagai brand/jenama. Selain sedap ia juga tahan lama. Bila tiada lauk, cukup sambal ikan bilis ini menjadi hidangan dimakan dengan nasi panas dan telur dadar atau telur mata.

Memang banyak dijual di pasaran namun buat sendiri lagi puas hati. Caranya ringkas dan mudah dan yang paling penting boleh ikut citarasa kita sendiri sama ada nak pedas, nak kurang pedas, nak manis sedikit atau sebaliknya.

Nak cuba buat? Jom ikuti perkongsian resepi oleh Liza Idris ini. Jom masak!

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKIATAN : Tip Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup & Tak Liat Walaupun Sudah Sejuk. Ini Caranya!

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS RANGUP

Tadi anak call, minta bekalan dekat asrama. Maka terhasil la “Sambal Bilis Rangup Ala Kak Liza.”

Bilis ni rangup krup krup. Rasa pedas, masam manis. Nikmat! Jom la masak

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN :

  • 1 mangkuk cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 biji limau kasturi
  • 1 kiub ayam
  • 1 mangkuk ikan bilis digoreng garing
  • 1 mangkuk bawang goreng
  • 1 gelas air

CARA-CARA MEMASAK :

1. Blend/kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.

ADVERTISEMENT

2. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar cili dan bawang tadi. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan 1 sudu gula, kalau suka manis sikit letak 2 sudu. Kacau seketika.

4. Masukkan Letak 1 kiub ayam (hancurkan dulu).

5. Kacau dan biar pecah minyak. Semakin lama cili dimasak, semakin sedap rasanya

6. Masuk 1 gelas air. Kacau rata.

7. Belah limau dan perah. Part limau ni kena hati-hati. Perah sebiji dulu. Kalau kurang masam boleh perah lagi sebiji. Bergantung pada tahap kemasaman yang kalian mahu

8. Letak kicap 2 sudu. Tujuan penyedap rasa dan warna sambal jadi menarik.

9. Biar sampai sambal nak seakan kering. Tutup api.

10. Masuk ikan bilis dan bawang goreng. Kacau bagi mesra rakyat.

11. Siap! Senangkan. Boleh la simpan stok seminggu dua.

Sumber/Foto : Liza Idris

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles