Cara Buat Roti Sardine Kantin Sekolah, Tak Serap Minyak & Rangup Bila Dikunyah!

Terkadang muak juga kan makan roti dengan jem atau sekaya. Yela itu antara menu yang pantang dan ringkas untuk disiapkan. Jika anda tiada idea apa kata anda buat roti sardin kantin sekolah ni. Nak buat frozen pun tak ada masalah.

Menariknya resepi Roti Sardine Kantin Sekolah perkongisan Yatiekitchen ini tak serap minyak dan rangup bila dikunyah dan juga tanpa letak telur. Menarik kan?

Sesuai sangat buat untuk hidangan sarapan mahunpun minum petang, memang ngam. Roti sardin ni juga sesuai dibuat untuk sebagai makanan tambahan kalau kita ada majlis kecil-kecilan.

Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Mudah Rupanya Buat Sardin Homemade. Dah Tentu Halal, Bersih & Juga Jimat!

RESEPI ROTI SARDINE KANTIN SEKOLAH

Tak serap minyak & rangup bila dikunyah ! Tanpa letak Telur

BAHAN-BAHAN :

Resipi Sambal Sardine

  • 1 x Sardine Dalam Sos Tomato @adabi_consumer Tin Kecil
  • Hirisan Bawang Merah Besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Cili padi merah x 1 hiris serong
  • Cili padi hijau x 2 hiris serong
  • 1/4 biji limau nipis
  • Gula merah 1/2 sudu kecil
  • Cili kisar 1 sudu besar
  • Asam keping 1/4 keping

ADUNAN TEPUNG :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/4 sudu serbuk kunyit @adabi_consumer
  • Garam
  • Mushroom seasoning
  • 1/2 biji Limau nipis

TIPS

Campuran air panas dan air sejuk untuk adunan tepung dan perahan limau nipis !

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Tumis bawang, bawang putih, cili padi , sehingga garing , masuk cili kisar , masuk sardine ( sos jgn dibuang ), biarkan sampai pecah minyak

2. Perahkan limau nipis , perasakan dengan gula, garam dan mushroom seasoning.

3. Satukan kesemua bahan adunan tepung tadi, pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.

4. Masukkan sardin ke dalam roti, lipat dua , celup dalam adunan tepung , panaskan minyak dan goreng sehingga garing , biar roti goreng sekata.

5. Agak-agak dah kekuningan , toskan pada kitchen towel.

SIAP!

Mudah je kan nak buat roti sardin kantin sekolah ni. Lepas ni kalau ada lebihan roti dan sardin di rumah, boleh buat roti sardin dan frozen kan sahaja. Lebih jimat dan selamat.

Untuk yang suka pedas, nak setiap gigitan tu kena cili, boleh tambah beberapa biji cili padi. Tapi jika ada anak-anak kecil cukup sekadar 4 biji sahaja untuk 1 tin sardin kecil ni. Rasa pedas dia akan kurang dan sesuai untuk dimakan seluruh isi keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Yatiekitchen via MyResipi

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles