Cara Buat Puding Roti Kayangan, Ringkas & Sedap. Makan Sejuk-Sejuk Sedap Uittt

Anda suka makan puding roti? Jika ya anda boleh cuba buat ‘Puding Roti Kayangan’ ini. Kebiasaannya resepi puding roti akan menggunakan roti putoh sandwich, namun berbeza sedikit perkongsian resepi oleh Puan Munirah Jasamai ini.

Resepi perkongsian ini cukup mudah. Bahan yang digunakan pun ringkas dan kebiasaanya ada di dapaur, cumanya beliau menggunakan Roti Gardenia Delicia Coklat Kismis. Mungkin sebab itu namanya ‘Puding Roti Kayangan’.

Mari kita ikuti perkongsian ini.

PUDING ROTI KAYANGAN

Buat berejam, dah siap sat ja habih uitttt. Nak mintak doa boleh? Doa saya murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan

BAHAN-BAHAN PUDING ROTI :

  • 2 kotak susu coklat
  • 2 biji telur
  • 1 bungkus roti coklat kismis

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Penyek roti dulu dalam dulang, kami lapik baking paper senang nak handle, nk bawak keluaq ka apa, tarik baking paper tu jaa

2. Hampa pukul 2 biji telur + 2 kotak susu coklat tu dengan apa pon buleh aih, jnji dia sebati semua pastu tuang atas roti dipenyek tadi

3. Biaq sat tak pa, biaq roti tu semua terendam kembang dalam susu yang dicurahkan

4. Hampa bakaq dalam oven yang hampa dah panas dulu dalam 10 minit suhu 180′, lepas dah panas kan oven baru hampa bawak masuk yang dah ready dalam 30min suhu 180′,macam mana hampa nak tau dah masak, susu atas tu keras gitu, bau pon semerbak dah, cucuk pi dengan lidi tengok melekat ke dak pon buleh

Dah lepas bakaq, bagi sejuk, pastu masuk peti ais

BAHAN-BAHAN SOS CREAMY

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air hampa sukat dlm tin yg sama
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 1 sudu tepung kastard
  • 5 sudu gula

Campurkan semua bahan dan masak dengan api perlahan ja. Kacau sampai kental, dah siap hampa bagi sejuk buh dalam peti ais

HASILNYA

Nak hidang dan makan, potong roti dan hidangkan bersama sos berkrim Selamat mencuba!

Makan sejuk-sejuk sedap uittt

Sumber/Foto : Munirah Jasamai | Facebook

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel-artikel yang lebih menarik

Related articles